Friday, December 30, 2011
Fenomena
Sekarang ni dah jadi satu fenomena bila kisah-kisah dalam novel mula menjadi rebutan pengarah-pengarah untuk dijadikan drama atau filem *pencinta bahasa, aku la tuh. Ayat nak skema je*
Start dengan Lagenda Budak Setan, Nora Elena (Kasih Yang Suci), Stanza Cinta, Bicara Hati, sampai lah yang terbaru Ombak Rindu. Rentetan dari itu, banyak lagi list novel yang menanti untuk dijadikan drama/filem. Terbaru, Pilot Cafe. Ada jugak kisah-kisah dari drama diabadikan dalam bentuk novel.
Honestly, dulu aku suka jugak baca novel. Tapi tak pernah pun ade koleksi sendiri. Asyik pinjam jew. Nak beli tak mampu le. Masa tu student. Harga 1 novel plak average RM20-22. Mane la mampu kan. Lepas tu minat baca novel tu sikit-sikit hilang n hilang begitu saja.
Sampailah ada 1 hari ni, my housemate Linda (Chinese) duk kaku kat kerusi. Bila tanye "U baca buku apa tu? Nampak cam fokus bebenor". Bila dia angkat muka, terkejut. Menangis. Wowww. Then, i nak pinjam nak pinjam. Kalau orang chinese baca buku ni sampai nangis-nangis sah la novel ni best. Novel apa?
Jeng jeng jeng.....
AND seriously best giler. Memang menangis. Bahasa yang dia guna, perwatakan yang dia olah terasa sangat dekat dalam kehidupan kita. Buku yang boleh tahan tebal jugak, amik masa dekat 2 minggu jugak la nak abis. Tapi kalau orang yang memang kaki novel, 2 3 hari dah habis katam.
Then, start dari situ la aku dah start balik minat membaca novel ni. Yang latest, baru je abis semalam aku baca. 7 Hari Mencintaiku.
Cam tak pecaya je novel ni setebal 1000 m/s, aku berjaya abiskan dalam masa 3 4 hari. Mula-mula baca macam tak best sebab ayat dia cam skema jer. Tapi bila lama-lama, teruja! Maybe sebab terlalu banyak konflik. Agak complicated. Itu yang best.
Lepas baca 2 novel karya Siti Rosmizah ni, aku dengan suka-suki nya nak conclude kat sini yang novel-novel Siti Rosmizah ni memang best teheee.. Sila la beli, tak rugi!
Selamat membaca korang~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
lafazkan kalimah cintamu bpe sen plissss..?
rm26.90 kalo x silap..besh gilak!!!! kau nak baca ker? aku ley pinjamkan..:D
siti rosmizah ek.. nk try bce la... btoi ke sedih... x penah lg nangis sbb bce novel neh... huhu
lama dh xbaca novel..xde bajet nk beli..akk br je tgk ombak rindu..erm,,cm xbest je..lg suke novel die!
yen...best!! novel cinta cintun mmg sedey.try la bc...:D
kak anis...ok la filem die..dh lame kn kita x tgk cite2 romantik kt mesia skang..asyik seram/hantu/komedi je..sekali skale dpt yg romanti layan je..hehe..tp mmg la novel tetap best!
eh, aku nyesal beli lafazkan kalimah cintamu. klise la. skrg ni tercari2 novel islamik msia yg standing dgn novel habiburrahman al-sherazy. dah smpai waktu utk aku berubah.hehe
amie!! best okay!! ko beli la novel keimanan cinta or stanza cinta..dua2 dh didramakan..tp novel dorang lg best dr drama...x mcm novel kasih yg suci..drama die lg best dr novel..:P
enjoicee~
Saya punggg ada novel 7 Hari mencintaiku. Ehem. AGak teballl. Tapi boleh habiskan jugakkk HEHEHE
sarah..bila first time nak baca mmg rs tebal gile..tapi bila dah start, rs x leh nk berenti..tu yg cepat abis...:)
Post a Comment