Ingat! Dating 6 bulan sekali!
Ouhhhh, too cliche la tajuk. Nak cakap tak tido malam sebab tengah dilamun cinta la teww..Kekosen sangat nak cerita kat belog nye, tu standard belog wawa je hewhewhew.
Okay, hampir 3 bulan lamanya, akhirnya aku mengaku kalah juga. Bukan mengaku kalah kepada lelaki lah hoi, kalau yang tu dua tiga hari pun dah cair hihihihi.. Aku nak cerita pasal sakit gigi ni lah tsk tsk tsk. Semalam dalam sejarah, aku gagahkan diri pergi Klinik An-Nisa jumpa doktor, bukan dentist sebab klinik gigi sebijik pun tadok wujud kat area Taman Putra Perdana. Jadi, di manakah para dentist sekalian???
Waa punya sakit gigi ni memang tahap A punya dah. Hebak tak hebak kan, aku tak dibenarkan amik cuti, susah la kalau dah jadi pekerja berdedikasi ni hoi. Disebabkan tak tahan yang amat sangat, bayangkan aku tak jumpa nasik 3 hari tahu tak?! Berat badan ni baru je nak naik 40kg dah turun balik 38kg, haishhh.
Bila dah berpeluang jumpa dokter, mahal kot beb, aku tanya macam-macam lah kan. Orang kata biar berbaloi dengan harga yang kita bayar, ubat tak mahal mana pun, yang mahal tu sebab kita jumpa dengan dokter. Awal-awal sampai nak register nama, adik kat kaunter tu terus tanya "Akak nak beli ubat ke nak jumpa dokter?". Ouhh, takde2, saya nak jumpa dokter! Nasib baik tak ramai orang.
Mula-mula ingat nak pegi klinik gigi terus, punya la mesej kawan-kawan nak survey harga seputung gigi dicabut berapa hengget. Harammm, tak tahu. paling sakit hati ada sorang kawan aku cakap harga dia bergantung kepada saiz gigi. Mati lah aku!! semua gigi kapak nih!! Pastu terlupa pulak, aku kan ada kakak ipar yang kerja nurse kat klinik gigi. Apa daaaaa...Tapi sama jeww, dia cakap kalau sepital government RM2. Nak tunggu sepital government huh, kena apply cuti dulu lah. Tapi berbakul-bakul jugak la kena ceramah freeeee. Bukan ke kena jumpa dentist 6 bulan sekali??
So, masuk je dalam bilik rawatan, nganga mulut dokter cek,, oh ada nampak lubang sikit kat gigi. Apa? Dah tahap kena cabut ke dokter? Saya tak tahan sangat ni, berdenyut-denyut sampai ke otak dah ni. Sabar lah mariani. Nanti dokter explain la.
Lompang kat gigi tu kicik je, yang jadi sakit tu mungkin ada dua sebab, sama ada gula/makanan manis dah masuk dalam tu ataupun saraf dah terdedah, tu yang sampai pening kepala. So, banyakkan berkumur. Kalau tak tahan sakit cuba amik ais, balut dengan kain dan tuam kat pipi. Berkesan keww?? Biasanya tempat yang sakit/bengkak, ada banyyak darah beku terkumpul. Bila kita tuam ketul ais tu, salur darah akan mengecut bla bla bla.. Saya tengok gigi awak ni tak teruk pun, takdelah sampai kena cabut. Elok lagi. Ouhh, seronok jugak dengar dokter ni explain.
Jadi aku pun mintak segala jenis ubat yang berkaitan. Ubat tahan sakit/pain killer, antibiotik, ubat kumur. Total RM40. Lorrr, murah jewww...Aku bajet 2 putung gigi dicabut adalah dalam RM100 kot. Alah, apelah sangat setakat RM100. It's way better bayar mahal dari hilang senyuman yang menawan. Kalau senyuman dah tak menawan, siapa nak ubatkan hati kekasih yang sedang marah/gundah gulana kan? teheeee *tampar*.
Goodnite~