Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

evergreen vs malar hijau...siapa hebat?

yeyeye
raya dah makin dekat!!

rasa cam baru jer semalam start puasa tup tup dah nak meninggalkan kita..cewahh..tiba-tiba hati jadi gundah gulana bila dapat tahu baju raya belum siap lagi! kasut baru takde lagi! handphone baru takde lagi! boyfriend baru pun takde lagi! ape lagi yang takde?

sekang ni kalau siapa-siapa yang slalu pegi shoping yang nak beli baju raya, nak cari boyfren raya mesti perasan kan dah makin rancak lagu-lagu raya berkumandang riang. even kedai runcit pun dah tukar lagu raya. dah kurang dah dengar lagu kebahagiaan dalam perpisahan. memang betol! ada satu kedai runcit kat bukit changgang ni suka sangat pasang lagu shahir.

satu lagi perasan tak dah macam-macam pesen dah bunyi lagu-lagu raya era sekang ni. kadang-kadang tak dengar macam lagu raya pun. tak berapa nak masyuuukkk ngan jiwa saya. tapi takpe la maybe saya ni orang lama kot. tak sesuai dengar lagu berjiwa muda..ahaks..

tapi bila dengar je lagu adik anuar zain dn adik elina terus je kepala rasa nak hantuk-hantuk…

oh Malaysia tanah airku..

saya tak pernah nak jadi macam Siti Amalina Che Bakri. dapat 17A1 dalam SPM, terima offer dari universiti luar. mengharumkan nama negara. saya? nak amik 10 subjek pun tak larat tapi saya bangga dapat belajar kat Malaysia je (alasan haha).

saya tak pernah dapat A dalam subjek sejarah dulu (SPM dapat okay! walaupun nasib je) tapi saya selalu hafal fakta-fakta sejarah negara sebelum masuk exam. saya tahu kisah Rosli Dobi, Tok Janggut, Perdana Menteri. siapa cakap saya tak suka sejarah. buku teks sejarah la yang selalu jadi peneman saya sebelum tido (asal baca sejarah je mesti tetido hehe)





saya tak pernah mewakili negara dalam sukan SEA, komanwel, asia apatah lagi sukan olimpik. tapi saya selalu ikut perkembangan sukan negara. saya tahu sekarang ni pemain badminton negara sedang berjuang untuk kejohanan dunia. kalau mereka baca blog ni, selamat berjuang wira-wira Malaysia! (keh keh keh).


saya tak pandai menyanyi macam Siti Nurhaliza. saya tak dapat bagi sumbangan pada negara. setakat nyanyi …

Hari Ini, Hari Esok, Tidak Seperti Semalam...Astaghufirullah

Hari ini
hari esok
tidak seperti semalam
astaghufirullah.

           Hari ini
           duri derita semakin meruncing
           taring iblis semakin menusuk
           bilah pedang semakin berdarah
           pintu seksa semakin terbuka
           penghuni neraka semakin bertambah
           bumi tua semakin meretak
           laut biru semakin membantai
           hutan hijau semakin menghilang.

Hari esok
duru derita akan terus membunuh
taring iblis akan terus mengiringi ke lahad
bilah pedang akan terus menghiris nafas
pintu seksa akan terus menyambut tetamu
penghuni neraka akan terus menerima anugerah
bumi tua akan terus menambah calar
laut biru akan terus menghukum hakim
hutan hijau akan terus menjemput bencana.

           Tidak seperti semalam...
           duri derita masih lembut melihat
           taring iblis masih sunyi bersembunyi
           bilah pedang masih tempa membara
           pintu seksa masih besi merantai
           penghuni neraka masih bayi merangkak
           bumi tua masih segar terse…

Facebook untuk bunuh penduduk Palestin?

mula-mula sign up facebook kalau tak silap tahun 2008. time tu orang tak gila sangat maen benda ni. sesaje buat account, biar nampak advanced sikit berbanding kawan lain. lepas tu tak guna pun sebab kawan-kawan takde account lagi. sampai la awal tahun 2009, bila kawan-kawan dah mula bizi sign up facebook baru terkial-kial nak cuba ingat balik emel & pasword. sampai ke hari ni tak ingat jugak. jadi, saya buat facebook baru guna nama Marya Ni. kalau siapa yang rajin search Mariani Makhtar, kompem kuar nama tu, yang tak bergambar..hahaha..itu saya!!

apa beza friendster & facebook? tengok nama pun dah tahu berbeza sangat kan hihi. kalau dulu, biasanya friendster ni dibanjiri dengan adik-adik murid yang muda-muda dan cun-cun.lain pulak ngan facebook lebih kepada rakan-rakan 'sekepala' dan sangat berkesan dalam usaha menjejak kasih teman-teman, bekas-bekas pakwe makwe kan. tapi skang ni dah bercampur aduk dah. budak-budak sekolah rendah pun dah ada, haaa yang pakcik makcik pu…

ketuk-ketuk ramadhan

wah! pejam celik pejam dan tak celik-celik tup tup dah nak masuk hari ke-13 dah puasa.alhamdulillah.

petang tadi tetiba jadi rajin, buat kueh onde-onde @ buah melaka. tapi tak nak panggil buah melaka sebab tak sempat nak pegi buat kat melaka tadi kikiki.

kerja jadi senang tadi bila ada dua orang assistant yang sangat rajin membantu dan sedia berkhidmat dari awal sampai la siap. diorang ni memang dah expert dah sebab selalu prektis golek-golek plastisin. kacang jer tu.



perasan tak sebelum direbus, saiz nye xxs..bila dah masak hoh!! tapi sangat enak dimakan..hihihi

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya 
1 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentuk.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih t…

oh siti, oh tan sri..saya nak duit..

sekali lagi ini minggu paling bizi!!  anak-anak adik-adik murid bizi ngan exam.  cekgu-cekgi bizi nak 'marking paper' selepas didesak oleh adik-adik murid macam la korang dapat markah tinggi..huh!  sehingga jam ini (12 p.m), saya dah siap marking paper pendidikan moral dan telah berjaya mendidik adik-adik murid menjadi lebih tidak bermoral bila dua orang fail!! adakah mereka yang tak bermoral atau cekgu nya kurang bermoral..heheh. tak sabar rasanya nak marking paper science. mesti lagi gempak ni yang fail sebab ramai yang komplen 'kenapa soalan bukan dwibahasa cikgu!!'. sememangnya exam ni diadakan untuk menggagalkan pelajar haha. nasib korang la ye. lepas tu lagi besh bila digemparkan dengan khabar gembira, hari sabtu ni ada sekolah ganti.

Yeah!! dapat duit tambahan untuk satu hari lagi..=) (valid untuk cekgu ganti sajaok).

tambah lagi konon-konon kesibukan nak apply master sebab due date semakin dekat (31 Ogos). memang padan muka sebab sangat suka buat keje last minut…

tolong hentikan ketagihan anda!

wah, tajuk cam dah lain ni. ye, saya vote untuk sila berhenti dari terus menjadi penagih dadah. tapi tidak pada sila berhenti dari menjadi penagih game-game yang besh! haha. 
saya memang seorang penagih game 'barn buddy' yang sangat 'hard core'. game ni boleh didapati di facebook anda. tapi peringatan, jangan cuba klik. nanti anda akan jadi salah seorang penagih. ade beberapa lagi yang saya kenal masih lagi meningkatkan usaha untuk menjadi petani berjaya. contohnya pemilik blog ini pak guard kebun 24 jam
game ni senang jer. tanam buah-buahan atau bunga,tunggu masa untuk petik dan jual. tapi itu tak besh sebab part yang paling seronok adalah part mencuri hasil-hasil buah yang ranum dan bunga yang segar mekar di kebun-kebun jiran.
saya paling menyampah bila jiran-jiran suke menutup kebun-kebun mereka macam ni. menyukarkan proses mencuri. tapi lepas tu saya pun terikut-ikut jugak hehe.
tapi skang ni dah slow down sikit berkebun ni sebab dah ramai jiran-jiran bersara. saya …

mari berpuasa [part 2]

okay. hari ni dah masuk hari ketiga puasa. alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk menyenangkan kita mengerjakan ibadah puasa dan tarawih. kenapa macam sedih pulak. takpe, kena muhasabah diri sekali sekala.
assalamualaikum
jap, dah cek ke belum mata ganjaran dari hotlink? eh, cepatnya capai tangan cek handphone ye hehe. kali ni saya akan sambung lagi pasal kelebihan-kelebihan mengerjakan sunat tarawih (sila cek kat sini ye cara-cara nak tambah pahala).
solat tarawih malam ke-6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginyasolat tarawih malam ke-7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
solat tarawih malam ke-8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
solat tarawih malam ke-9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
solat tarawih malam ke…

saya pun nak bercerita tentang bulan puasa!

penat berjalan dari satu blog ke blog yang lain, semua orang bercakap tentang puasa, tarawih, bazar ramadhan. saya pun nak! hari ni saya nak bercerita ape menu untuk berbuka nanti. eh3, puasa tak sampai separuh hari lagi. tak baek.
okay!
assalamualaikum..
semua berpuasa ke hari ini? saya? kalau tak puasa pun saya akan cakap saya berpuasa okay! kalau tanye budak kicik ape itu puasa? mereka dah pandai jawab..tak boleh makan dan minum. lagi, semua syaitan kene ikat. tak boleh korek hidung atau telinga. tapi ade gak yang bwat, kadang-kadang terlupa.
skang ni dah canggih, nak taw fadilat-fadilat berpuasa semua nye di hujung jari anda. cuba cek kat jari, betol ke ada? takde kan! tipu je. 
okay, saya nak share kat sini kelebihan-kelebihan yang akan kita dapat bila kita tak kedekut meluangkan masa malam-malam pergi tarawih. setiap hari ada ganjarannya. siapa nak ganjaran tak boleh malas. macam iklan maxis, kene topap selalu baru dapat kumpul mata ganjaran kan. pastu bila takde kredit, boleh redee…

zaman sekarang semua susah hoi

dah hampir 4 bulan kot meninggalkan alam persekolahan yang penuh tragis. dulu semua subjek rasa susah. tapi skang dah hampir sebulan mengajar subjek sains kat SMK Banting ni alahai rasa cam kacang lupakan kulit la pulak. kenapa la dulu macam slow sangat..haishh..tak payah la nak mengeluh, padan muka..

ada beberapa hari je lagi nak menamatkan khidmat sebagai cekgu ganti, kepala dah mula pening-pening. apa saya nak bwat lepas ni? haish..mengeluh lagi. nak sambung belajar atau terus cari keje sebagai promoter. tapi sebelum tu yang penting KONVO! hrmm, baju tak beli lagi la..tak payah la nak melawa sangat, bukannya dapat first class pun. memang tak mungkin kan dapat nye, sekali pun dapat saya akan tolak..haha..
rasanya dah lebih sepurnama dah kot menghabiskan masa mencari-cari sekolah baru untuk sambung belajar. beberapa minggu lepas dah pun pergi usha taman permainan kat UPM selamat ke tak nak skodeng pakwe (takde kaitan langsung). pastu tiba-tiba rasa nak sambung kt UKM. skang ni plak ras…

mencomotkan diri !!

Hai!!
I'm coming back, punya la bizi seminggu ni. Tiba-tiba dikejutkan dengan sekolah ganti sempena deepavali..woot woot sangat seronok sebab kurang separuh dari pelajar yang datang, tak payah susah-susah nak mengajar, maen pop quiz jer yang memang pop pop pop meletup
okay, dah lari topik!
Minggu lepas ada seorang pakcik ni datang bwat jualan langsung, die dah buka booth memang betol-betol terletak indah kat depan bilik guru.
Pandai yer pakcik!
Tiap-tiap kali cekgu nak pergi masuk kelas mengajar, mesti ada yang akan menyinggah dan menjenguk. sebenarnya itu saya lah..hee
Apa yang ada kat situ?  Tiba-tiba tertarek kat satu produk ni kotaknya boleh tahan besar sama dengan sabun mandi  warnakuningoren nama yang tertulis kat situ"ORGANIC SALT SOAP" okay, ini gambarnya















tapi sebenarnya ni sabun pencuci muka kat label tu ada beberapa ayat yang sangat wowww betul ke ni?? (excited tiba-tiba)
ORGANIC SALT SOAP are puported to rejuvenate the human skin by supplying vital trace elements directly …

egois ala-ala novel

okay..entry kali ni totally copied from Encik Mata Empat's note kat facebook yang bertajuk "aku lelaki ego" yang saya yakin dia pun copy jugak kot..hik3..kalau salah, sorie ek..jum, luangkan masa bersama-sama untuk baca entry ni..pesanan saya: jangan skip walaupun satu perkataan macam yang biasa anda bwat bila baca novel ok. jangan pilih untuk baca intro dan penutup jer..nanti anda akan kehilangan 'feel'..selamat membaca
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela…