Monday, March 14, 2011

Tidur Sekejap

Tapi kalau dah tidur mana boleh sekejap. Mesti mahu yang kaw-kaw punye. Biar kualiti tu ada. 

Disebabkan sikap gemar membaca yang dah sebati dalam diri ni keh keh keh bersama pengalaman yang dikumpul pada masa lalu saya rasa terpanggil untuk share benda-benda berilmiah kat sini. Tak sia-sia berhempas pulas belajar biology 5 6 7 tahun.

Sebenarnya badan kita ni ada biological rhythm ataupun irama biologi (dush ajaran sesat). Sistem ni dikawal oleh hormon-hormon yang terdapat dalam tubuh kita. Kalau dalam 'normal stage', sistem ini menyebabkan kita rasa mengantok pada waktu tertentu dan rasa bertenaga pada waktu tertentu. Anda paham? Saya pun tak paham. Tapi jangan risau, saya akan menyelesaikan permasalahan ini teheee

Contoh;
Waktu malam badan manusia akan mengeluarkan sejenis hormon (melatonin) dalam kuantiti yang sangat banyak. Melatonin ni la penyebab kenapa kita rasa mengantok. Jelas, bukan salah nasi lemak, bukan salah pulut! Bila melatonin merembes, kita kena bersiap-siap untuk tidur. That's the isyarat okeh. Bila paras melatonin menurun ke tahap paling minimum, maka waktu itu kita akan bangun tidur. 


Saya bagi contoh lagi;
Hormon kortisol akan meningkat secara mendadak bila kita bangun pagi lalu penjadi penyebab kenapa badan sangat bertenaga. Sebab tu emak-emak selalu bebel bangun awal pagi study study study sebab time tu paling efektif dan produktif. See betapa emak-emak kita ni dah tahu lama pasal hormon kortisol ni. :D

Sila tengok. Red line=Hormon kortisol. Hormon kortisol aktif ppada waktu pagi. Bila menjelang malam makin menurun.

Wahh, tepuk tangan semua. Saya berjaya merungkai permasalahan ini.

Hormon kortisol akan menurun  ke tahap paling minimum pada waktu tengah hari. Time tu badan dah lesu, lemah asyik pikir lunch lunch lunch!! Pergerakan badan dan otak menjadi kusut. Tapi bagi sesetengah orang, every seconds otak memang kusut malas nak pikir. :D

Bila dah lesu macam ni la kita disarankan mengambil tidur sekejap (30 min-1 jam) waktu tengah hari. Nak kasi cas balik tenaga-tenaga yang hilang tu. Lepas bangun je, badan bertenaga balik, fokus terhadap sesuatu akan jadi lebih tajam awwww tajam macam pisau kot.  Sila cuba!

Okay la, Rasanya hormon melatonin dalam badan saya tengah melimpah-limpah ni. Rasa mengantok semacam jer. See u again bila hormon korttisol saya naik mendadak. Bye! 


*Dipetik dan diolah dari mag SOLUSI

2 comments:

Fatin Satar said...

huhu... sy dapati hormon kortisol sy meningkat skunk!!! ^^

Mar Yanie said...

yay..sila jgn sia-siakan hormon itu..syuhhh,pegi study!! hahahha