Monday, April 4, 2011

The Real Sentap.

hahaha..bantai gelak tak henti-henti bila follow twitter @DamnItsCool. Tweets die memang besh sebab betol-betol real!

Jum gelak..


Kita akan SENTAP kalau......

  • Duit topup pakai duit parents, ada hati nak msg awek 24 jam!
  • bila kita tulis mesej panjang2, dia reply 'K' je. Patah ke tangan tu kalau reply panjang sikit?
  • Tengah sedap makan cendol ada lalat plak dlm mangkuk
  • bila ada awek tanya result kau, pastu kau jawap dgn yakin. Bila tanya result dia, dia ckp Rahsia. Celaka kau.
  • bila orang cakap kita gemuk lepas jogging pusing padang 10 round.
  • bila birthday kau takde orang wish dan bagi hadiah.
  • bila ada bau kentut, orang lain asyik pandang² dan senyum² kat kita
  • bila hadiah yang kita bagi, orang buang dalam bakul sampah.
  • bila tunggu lama kat restoran, pelayan tak ambil order. 
  • bila kau tanya soalan, takde orang sudi nak jawab. ouchh.
  • bila kawan baik kau lebih percayakan orang yang baru dia kenal berbanding kau.
  •  bila orang layan kau macam kuli.
  • bila gambar kita yg keluar suratkhabar yg kita frame cantik2 kat rumah, org buat bungkus nasi lemak yg kita makan!
  • bila kawan curi-curi baca SMS kau.
  • bila adik kau buat hal tapi kau yang kena marah dengan mak kau.
  • bila bukak Facebook dapat friend request dari mak bapak kau.
  • bila kawan hacked Facebook, update status 'I'm Gay'.
  • bila kawan yang tiru assignment kau dapat markah lagi tinggi.
  • Order nasi goreng mintak nasi lebih, kalau bayar tak nak lebih pulak? 
  • Kalau kentut semua orang tak ngaku. Tapi kalau duit jatuh memang kau yang punya
  • Berangan nak kurus, tapi still kuat makan & tak exercise.
  • Usaha tak, doa pun tak. Tapi berharap dapat result bagus
  • bila kau update status kat FB, takde orang yang 'Like' atau komen.
  • "Nak pinjam kereta? Ambik la. Aku memang beli kereta tu untuk kau pun." 
  • Aku dah siapkan assignment dah, untuk kau copy paste
  • Artis bila kahwin masuk Nona, bila dah cerai masuk Melodi.

5 comments:

Eyka said...

eh..eh...tersentp den! adusss~ hahahaXD

Silpar jepon said...

sesume ni memang buat gua sentap kot..plisss jangan gelak~

Mar Yanie said...

haha..mmg beto jd kan..=D

marinahunny said...

hehehe lawak2...banyak jugak yg kena pada diri sendiri..

Unknown said...

haha..semua yg terenarai tu mmg akn kena pelempang..haha