Saturday, September 1, 2012

Home Tuition sungguh awesome.



Hai uolsss, ini cekgi Mariani kembali lagi. Hampir 4 bulan tak dapat panggilan sebegitu, rasa cam pelik jugak la sampaikan masa tengah mengajar tu terbahasakan diri ni "kite, awak" sebab dapat anak murid yang very good looking, semangat nak mengajar tu lain macam. My friends keep remind me "Behave cekgu gilooo, behave!!". Okay, foine!


The day aku pergi rumah Kak Bi nak bincang pasal masa mengajar, GAJI, bla bla bla....ingatkan 30 minit je tup tup sembang sampai 2 jam setengah. Oh, first day jumpa dan borak pun dah rasa sangat awesome. Kak Bi ni baik orang nya, muda lagi, seorang yang workaholic sampailah suatu hari dia dapat mesej dari guru kelas anak dia, Afiq Daniel. "Puan, saya suggestkan puan cari cekgu tuisyen untuk Afiq ni, ajar math sebab trial PMR hari tu Afiq banyak tinggal kosong tak jawab soalan paper II". 


Bertitik tolak kat situ lah, Kak Bi amik keputusan untuk berhenti kerja. Nak pokus untuk anak katanya tambah lagi dia baru beranak, baru masuk 3 bulan umur. Pastu dia nak carikan guru tuisyen untuk Afiq, berapa kena bayar pun dia sanggup (eh kenapa tiba-tiba aku senyum lebar ni, eh eh ikhlas mariani, ingat mengajar dengan ikhlas). 


Kak Bi, orangnya sangat cantik, ibu kepada 5 orang anak, mempunyai suara lembut, aku memang dah bajet mesti dengan anak-anak pun dia sporting habis lah. Memang tak salah langsung tekaan ku. Tambah dengan bapak nye sekali sporting. Untunglah kau wahai anak. So, Kak Bi bercerita kat aku anak dia macam gini macam gini supaya aku get ready lah nak mengajar nanti kan.


Al-kisahnya, si Afiq ni ye lah umur baru 15 tahun, bajet-bajet good gitu kan, remaja baru nak tengah naik kan, selalu ulang alik masuk bilik disiplin. Aku rasa dia ni memang hot la kat sekolah. Rupa ada, gengster pulok tuh tapi sayang Matematik failed, dapat 15% markah je. Jadi aku rasa bertanggungjawab untuk naikkan saham dia, bagi perempuan kat sekolah tu jadi gilooo lebih kat dia. Biar cukup pakej la, pandai.


Alhamdulillah, dengan pengalaman yang aku dapat masa jadi cekgu ganti dulu adalah sedikit sebanyak membantu. Macam mana cara-cara nak handle budok nih. Tapi home tuisyen senang je sebab kita pokus kat sorang je, mengajar pulak macam mengajar kawan. Aku pun tiba-tiba jadi sporting habis, maklumlah bapak ade kat tepi menunggu. 3x3=6, 9x3=34. Takpe, sabar, senyum. Insyaallah, pandai lah ko nanti budok. 


Budok gangster memang camtu eh? dengan aku pendiam dan pemalu habis awwww. kalau aku soal soalan pun,dia jawab dengan senyuman je.Sabar je lah. Takpe, baru 3 kali kelas kan. Cekgu nampak ada perkembangan pada Afiq. Tadi baru je balik dari mengajar, hari ni dia banyak cakap sikit cuma tangan dan otak tu kurang berkerja. Sekian~



6 comments:

Lokman said...

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/

mynameisYAT said...

hai cekgu. cekgu ni lawa. sy nk anta anak sy ngaji ngn cekgu bole? tp cekgu jgn ngurat anak sy.

sy bkn x pandai. tp sy bz dgn bisnes collagen sy. sejam RM50, bole? subjek B.Arab. ok?

Mar Yanie said...

Puan x payah puji2,sy sedar saya lawa..:D


oh b/arab? kacang jer tu..b.arab mmg dh jd second language sy kat rumah.tp rm50 sejam? x berbaloi lah. klu rm100 boleh dipertimbangkan..

tamsilankendiri said...

saya nk antar ank saya g perancis taun depan, so blh ajar anak sy smpai expert? cikgu ada 4 bulan je utk buktikan. up sket, rm60/jam.

ikhlas cikgu maryani, ikhlasssss!

Mar Yanie said...

biasanya sy hanya perlukan 2 minggu sajew untuk ajar anak2 jd pandai..mmg x salah lagi pilihan puan..sila hantar..sy ikhlas menolong anak bangsa..

E'in said...

cikgu cikgu cikgu.. leh ajar kite gak x? ;p