Holla!!
For those yang tak tahu apa itu temuduga, it's an interview okay. Temuduga kedengaran terlalu old skul bukan? Okay, come. Sila masuk jangan malu jangan segan. Saya nak share dengan semua orang especially sape2 yang ade interview dalam masa terdekat ni. Bukan senang saya nak share tips yang berguna. Sebelum ni asyik tips entah hape-hape je kan.
- Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
- Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
- Cerita sedikit tentang diri anda?
- Apakah yang dapat memotivasikan diri anda?
- Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
- Bagaimanakah anda membentukkan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang dapat anda berikan kepada pihak kami?
- Apakah kelemahan-kelemahan anda?
- Mengapakah patut kami memilih anda?
- Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
- Apakah yang lebih penting kepada anda: Duit atau jenis perkerjaan?
- Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda?
- Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberi keselesaan pada anda?
- Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan?
- Apakah kesulitan yang pernah anda alami dan bagaimanakah anda mengatasinya?
- Apakah yang telah anda pelajari dari kesilapan-kesilapan pada masa yang lalu?
- Apakah objektif kerjaya jangka masa panjang anda?
- Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
- Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa di Kolej atau Universiti? Mengapa?
- Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda?
Boleh dapat input? Yang dah di highlight kan itu adalah antara soalan-soalan yang popular la. Kebiasaannya soalan-soalan macam gini selalu ditanya bila kita attend interview untuk government punya.
Interview untuk government dengan private memang sangat berbeza. Jauh berbeza. Government punya sangat skema. Kalau private pulak very relax terutama sekali kalau pergi interview untuk kerja retail (I've oredi experienced it). That time punya la pakai baju kurung nak pegi interview. Yela, baju kurung! Bila sampai je sana OMG pandang kanan pandang kiri semua pakai baju seluar. Seluar pulak bukan slack okay. Seluar jeans lagi. Sangat berbeza kan?
Okay, selamat mencuba.