Friday, March 30, 2012

Fikir dua tiga empat kali.................



Holla!!

Okay, as mentioned above, beberapa bulan lepas aku ada apply banyak jobs. Walaupun yang ada sipi-sipi je requirements mengena, aku apply je. Orang kata mencuba tu takde salahnya. Dapat ke tak lain pulak cerita. Kalau dapat Alhamdulillah.


Awal bulan Mac aritu, aku and Aza dapat interview kat Planetarium. Jawatan? Pembantu galeri secara kontrak (PSH). Pikir punya pikir punya pikir, lokasi yang sangat jauh tu, malas la pulok nak pegi. Lagipun mesti kerja jadi customer service officer ataupun explain pasal benda itu benda ini kepada pengunjung. Cukup la aku buat customer service masa kerja kat Guardian & Popular dulu. Asyik kena ngadap muka-muka orang kaya yang sombong je. Tak sanggup!


Then, 2 minggu lepas, aku and Aza dapat offer letter untuk interview Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT). Memang sebelum ni kami dah planning macam-macam. Kalau dapat ni best la, daripada takde buat apa, baik masuk program ni. Total masa program ialah 8 bulan. Ada elaun. Tapi bila dapat (walaupun untuk interview je pun), terus terpikir;

 "Betul ke aku nak jadi usahawan?". 
"Bidang pertanian pulak tu!"


Mungkin orang akan cakap, alaaa join je la program tu. Tak semestinya kena jadi usahawan pun. Memang la tak wajib jadi usahawan. Tapi 8 bulan itu sangat lama. Kalau aku cari kerja, bergaji, sah-sah cukup duit boleh kawen. Itu saja. Bye~


Muahehehe


Moral of the story, pikir dulu sebelum nak apply kerja kosong. Nanti kang Allah tarik rezeki. Dia dah bagi rezeki tapi kita asyik tolak jeww. Tak baik!



Tuesday, March 27, 2012

Kolej Komuniti #1 : Adobe Illustrator (Beginner)


Create distinctive vector artwork for any project. Take advantage of the precision and power of sophisticated drawing tools, expressive natural brushes, and a host of time-savers




Hari Sabtu lepas, 24 Mac 2012, aku and Aza telah selamat pegi kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti kat Kuala Langat. Lebih kurang 1 jam perjalanan. Jauh jugak tapi takde hal. Kami orang bujang. Kitorang apply untuk kursus Adobe Illustrator for beginner. To be honest, sampai je kat sana, kami awal-awal lagi mengaku yang takde dapat call/msg dari sesape. Main redah je walaupun nama takde dalam list. Tapi alhamdulillah lepas sebab ramai yang apply tapi tak datang pun. Masih lagi ada kekosongan.


Apa itu Adobe Illustrator? Macam mane rupa bentuk Ai?

 

 Adobe Illustrator lebih sinonim dengan rekabentuk logo, penghasilan simbol atau ikon, brochure, banting, poster, printing baju. Ia juga boleh digunakan untuk editing gambar tapi lebih baik kita edit guna photoshop. Lagi nampak impak. Seronok jugak la main benda alah ni. Awal-awal agak complicated jugak la. Meh zoom sini.

Awal-awal aku cuma dapat buat benda ni je. Ton dan gradient warna yang tak blend langsung.

Lama-lama makin seronok, ini la hasil nya  ;)


Yang ini pun best jugak. 
Mula-mula daun tu di'spray' banyak, kaler hijau lumut. Then, aku belajar macam mana nak ubah kaler tu menjadi variasi warna. Lagi satu aku belajar macam mana nak pudarkan atau terangkan daun... ;)


Boleh buat ini jugak. Tapi ini bukan aku yang buat la hahaha.


Seronok!!!

Apa yang aku dapat?

Kemahiran baru yang mana aku boleh update kat resume nanti hehehe. Sijil disediakan. Daftar RM10 sahaja, kita akan diberi nota.




Monday, March 26, 2012

Jobseekers too choosy


Fresh graduate seems to be unrealistic in their expectations of a good salary and remain picky on jobs even with many employment opportunities


My opinion: Belajar susah-susah course untuk degree pastu nak keje 'out of field'? Yang duk berhempas pulas belajar 3 tahun tu nak lupakan macam tu je. Bukan ke orang kata kalau kita tak apply apa yang kita belajar, lambat laun akan lupa jugak. Ye, macam aku sekarang ni la. Satu habuk pun dah tak ingat apa yang aku dah belajar masa kat Unibersiti dulu2. Apa itu tissue culture? microbe? DNA? Apakah? Whatever la.


Lagi satu, banyak company nak amik pekerja yang berpengalaman kerja  sekurang-kurangnya 1 atau 2 tahun dalam bidang sains/bio atau apa2 la sedangkan selama aku kerja ni memang tak specialized dalam bidang tersebut. Susah sangat nak apply kerja. Tapi takpe la, asalkan Malaysia ni maju. PM dan menteri-menteri makin kaya. Bangunan-bangunan tinggi makin naik. Masjid besar dibina merata tempat (orang tak ramai pun datang semayang). Itu dah cukup. BYE.


Mood: Marah, sedih, kecewa..grrrrr..pffftt###



Friday, March 23, 2012

Motivasi memasak bersama chef Liza Zainol



Bertempat di SMK Putra Perdana

Dah seminggu dah berlalu cuma aku je malas nak berblog skang ni. Bizi sesangat kekdahnya. Tepek picca saje la ye untuk santapan mata semua.




Bergambar ngan Dato' Seri Najib. Korang hado?


Semua orang tertungu2 kan Zul Huzaimy bukan nye nak tengok orang masak sangat pun.


Zul Huzaimy banyak bagi info kesihatan which is quite intelligent la kat situ  daripada duk berdiri je kat situ. Memang artis ni pandai berceloteh walaupun secara spontan kan.


Zul Huzaimy datang dekat. Zoom in.

Sampai akhir pun aku tak amik gambar bersama Zul Huzaimy sebab aku malu. Apakah? teheeee



Thursday, March 22, 2012

Kelas Memasak #1; Kari Kepala Ikan











Kari Kepala Ikan

Bahan A                                                                               Bahan B (Bagi menumis)

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak                         3 biji bawang merah (ditumbuk)
5 sudu makan serbuk kari                                                   2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji terung                                                                          1 inci halia
3 biji cili hijau (di buang tangkai)                                         1 sudu makan halba campur
1 biji tomato (dipotong 4)                                                   3 tangkai daun kari
1 cawan asam jawa
1 cawan santan pekat
Minyak masak
Garam secukup rasa


Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
  2. Masukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih
  4. Masukkan ikan dan terung. Tambahkan air sedikit supaya santan tidak pekat
  5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak
  6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam, cili hijau, kemudian tutup api

Heeeee, aritu dapat rezeki sedabak besar. Ikan merah hadiah dari sepupu. Mak ai, besar yang amat. First time dapat ikan besar terus terang aku cakap aku tak reti nak siang dan masak. Jarang sekali makan ikan besar, kalau makan pun cuma di kedai. Mungkin sebab terlalu jarang, secara tak langsung aku sangat geli ngan ikan bersaiz XXXXXL ni. Nak basuh ikan ni pun aku rasa macam nak tonyoh nan berus basuh kain, terlalu hanyir! Finally, lepas bersusah payah masak sambil tutup hidung, aku berjaya menghasilkan.....................................................................






Selamat mencuba~




Sunday, March 18, 2012

Dapat job baru secara tidak sengaja



Hello Sunday!!

Pejam celik pejam celik dah abis cuti sekolah. Sekejap nya masa berlalu. Baru je terasa nak rehatkan diri. Aku ni sama je dengan students. Malas buat kerja sekolah. Belum key in markah lagi..Hadoiiya..


Psssstt, aku nak cakap la sikit mungkin lepas ni aku ada tugasan baru setiap hari Ahad. Tugasan apa? Biasa la aku ni kan hantu rancangan rancangan realiti tv. Memandangkan MENTOR 6 dah nak start, jadi secara tak langsung aku pun terlibat sama. Terlibat yang macam mana? Jadi pengkritik dari rumah kehkehkeh. Jangan marah. Mungkin disebabkan aku ni terlalu banyak tengok rancangan realiti tv, dari situ aku belajar macam mana suara datang dari perut, teknik pernafasan, falseto, vibreto kahkahkah. *Poyo*


Okay, dalam ramai protege aku tak sabar nak tengok yang ini......


peserta mentor 6
Adam & KJ

Since aku dah terjerumus sekali tengok showdown 2011 yang lepas, jadi aku ada perasan la jugak KJ ni dari group Borneo Crew. Menari hebat. Kalau la geng-geng HMC Phlow masuk kan best jugak. Dah la hensem. Phewwww..


Detect mane satu KJ?

Mungkin.....mungkin KJ ni masuk sebab nak up kan die punye group. Pape pun, we'll see.


peserta mentor 6
Ramlah Ram & Ana
 


Tak sabar jugak nak tengok Ana Syuhada. Macam ada pakej je jadi penyanyi. Muka pun dah nampak komersil.. Satu lagi protege abe Faizal Tahir. Anas Ridzuan!


peserta mentor 6
FT & Anas
 

Macam ada style jugak si Anas ni. Harap-harap Faizal Tahir ajar la Anas ni cara-cara nak betolkan teknik pernafasan dalam air dan jugak bakar piano ekekeke. Semoga tak menghampakan aku sebagai penonton dan juga pengkritik kehkehkeh.


P/s: Tak dapat tengok Mania sebab takde Asterok huhu



Friday, March 16, 2012

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) - TM



"Grab the opportunity to polish up on your soft skills and gain on-job-training experience at a multinational corporation"


Program Overview
Soft Skill training     -  2 months
On-Job-Training     -  6 months

Requirements

  • CGPA 2.50 and above
  • Unemployed after graduation (minimum 6 months)
  • Age not more than 26 years
  • Employed graduate with incommensurate salary

Sape-sape yang berminat, boleh apply kat sini . Tarikh tutup 16 March (hari ni kan?) Takpe, ada masa lagi.. HURRY!


Aku copy paste dari web TM..aku terasa nak jugak apply tapi aku ni dah lama grad, dah tua bangka. Macam tak layak je. Lagi pun, tahun lepas aku ada apply tapi tak dapat jugak..muahehehe..



 
 

Thursday, March 15, 2012

Oh, rupanya die....Asfan - Terhenti Di Sini...

Ramai yang cakap suara die ni macam nubhan. Tapi first time aku dengar, aku ingat kan Faizal Tahir!! Seriously......




SPM, 21 March.



Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari dulu hingga sekarang. Tak dapat dinafikan ia mengambil satu jangka masa yang agak panjang untuk memikirkan sesuatu yang baru dan fresh untuk diperkenalkan. Tapi biasa lah, setiap apa yang diwujudkan mesti ada pro dan kontra jugak. Mungkin awal-awal ini, ramai yang blur bukan saja cekgu cekgi malah juga kepada ibu bapa apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


Perghh, intro die tak nak kalah. Okay, aku bukan nak cakap pasal PBS. Sape la aku ni? Satu habuk pun tak tahu. Nak bercakap dengan air liur je, sape2 pun boleh. Yang bercakap guna akal sikit je. Jadi, baik aku diamkan diri.


Cuma aku terkenangkan memori daun pisang aku dulu-dulu. Sempat aku melalui 4 exam terbesar dan penting.

PTS ---->  UPSR ---->  PMR ---->  SPM 


Okay itu je teheeee. And here, aku tolong berdebar untuk adik aku yang bakal kluar result SPM 21 March ni. Harapan aku semoga result dia takkan menghancurkan harapan mak sebagaimana aku telah hancurkan harapan mak aku dulu sobs.





Tuesday, March 13, 2012

Nevermind.........




I’ll find someone like you

I wish nothing but the best for you too

Dont forget me, I beg

I remember you said

Sometimes it lasts in love but

Sometimes it hurts instead



Ditujukan khas kepada tetttttt.....






Monday, March 12, 2012

Kelas memasak Sdn Bhd.



Holla!!

Camane holiday uols semua? Ada orang pegi bercuti kat Banjaran Alps tak? Untung-untung dapat jumpa abe Yuci dan Lisa Surihani. So sweeet. 2 minggu ni aku amat la busy. Busy khatam semua kisah dan video perjalanan cinta yuci & lisa surirumah ni. I wish perjalanan cinta aku pun macam ni jugak wakakakaka.


Okay, untuk tahun ni aku dah tanam satu azam. Apa azam aku? Aku nak buat perkara-perkara yang membolehkan aku membuat persediaan menempuhi alam perkahwinan kelak. Mungkin tak lama lagi (bluweeekkk) Aku pun taknak kalah ngan Yuci & Lisa.


Perkara pertama ;

MEMASAK

Aku teringin nak register and join kelas memasak. Tak kira la berbayar ke tak, mahal ke tak. Tapi kalau boleh aku nak yang free aje. Boleh giteww? At last, aku terpaksa akur disebabkan beberapa perkara. Ada 2 kekangan. Pertama adalah kekangan masa. Yang kedua ni memang masalah besar iaitu kewangan. Yer, aku memang tengah pokai ni tapi kalau jalan-jalan pergi karaoke, tengok muvie duit tak pernah TAK ade wakakaka.


Jadi, aku amik inisiatif sendiri. Terlebih dahulu aku nak say thanks so much to Kak Nana (ex-housemate merangkap merchandiser Malay section masa keje kat Popular dulu) sebab bagi aku free buku 1 Hari 1 Resepi . Resepi terbaik dari Chef Hanieliza.




Untuk tahun 2012 ni aku ada cuba beberapa resepi BARU. Kenapa aku highlight kan BARU? Sebab aku dah muak masak telur kicap, sotong kuah hitam, ayam masak merah bla bla bla. Tapi masakan yang selalu aku buat tu pun sampai sekarang tak pernah sedap wakakaka. Takpe, practice makes perfect rite?


Menu apa yang baru tu? Mungkin takde beriani kambing, nasi kerabu, nasi arab cuma menu yang simple saja.


Ikan kembung 3 rasa


Orang yang kaya mesti akan masak ikan siakap 3 rasa. Memandangkan ini percubaan pertama, aku guna ikan kembung saja sebab boleh jimat kos, kalau tak sedap takde la rugi sangat hehe. Result ; Serious takde rasa 3 rasa iteww. Rasanya macam ayam masak merah yang selalu aku masak gagagaga. Nak resepi boleh request okay.


Ayam Halia

Second trial ni memang bagi semangat kat aku untuk terus memasak sebab menjadi. Okay la kot untuk aku makan. Orang lain? Maap la, aku takkan jamu kot sampai la aku yakin haha. Ayam Halia. Nak resepi boleh request. Insyaallah menjadi.


Ayam Percik atas dapur


Okay, antara masalah aku jugak adalah tak cukup kelengkapan. Memang boleh melunturkan semangat. Jadi aku bakar ayam atas dapur je. Feeling die tak same ngan bakar atas api kat luar rumah.


Ada lagi beberapa menu yang aku cuba tapi kadang-kadang aku lupa nak snap gambar banyak-banyak.


Lepas beberapa siri menu masakan yang kurang menjadi, aku rasa down lalu aku beralih arah buat kek dan pencuci mulut.


Kek Coklat Kukus lapik atas kertas bungkus nasi keh3

Sorie, aku cuba gantikan kertas aluminium dengan kertas bungkus nasi lemak. Jimat kos. Aku buat kek ni sempena birthday Zafran 1 March lalu dibantu oleh Aza. Oh lupa nak bagitahu Aza dah tinggal dengan aku, jadi cekgu ganti jugak kat SMK USJ 23. Sape Aza? Entah. haha


Puding Swiss Roll

Aku ni memang kurang pandai nak capture gambor main dengan angle sana sini untuk menampakkan sesuatu makanan tu nampak cantik dan sedap. Hahaha. Mungkin sebab camera henpon ni sangat la hazab.


Mungkin apa yang aku buat ni adalah menu simple, eleh baru nak belajar masak ke? Yup, mengisi masa lapang yang terluang teheee.


Sape-sape nak resepi, sila request yer. Aku ingin menolong orang-orang yang ingin belajar memasak sebab menu yang aku buat ni adalah menu yang hanya perlukan bahan-bahan yang sangat simple dan mudah didapati selain dari JIMAT KOS.


Selamat mencuba!



Sunday, March 11, 2012

Jangan lari dari masalah



According to  http://www.studymalaysiaguide.com, "master's degree" is is an academic degree granted to individuals who want to have a professional specific field of study or practices.




Dulu aku pernah bertekad tak mahu sambung master sebab aku tahu kemampuan diri sendiri. Sebelum orang lain menyedarkan aku akan tahap kemampuan aku, lebih baik aku confessed awal-awal yang aku memang kurang berminat dalam research. Persepsi orang terhadap kita macam-macam. Orang mungkin cakap aku tak sesuai buat research tapi realiti nye aku memang seorang yang punya narrow-minded. Bukan kolot! Cuma aku takde ciri-ciri macam Albert Einsten. Senang kata ciri-ciri seorang inventor la.


Kenapa aku cakap macam tu? Bila aku gagal sekali, aku memang akan rasa down tahap tersungkur menyembah bumi. Aku kena amik masa untuk heal ke'frust'an aku ni. Pengalaman buat PSM dulu amat menakutkan sampaikan aku bertekad tak nak sambung belajar lagi lepas ni. My besties pun pasti ingat lagi yang aku pernah confessed "Aku takkan sambung belajar lagi" 


Selepas beberapa ketika, tiba-tiba aku bisik kat diri sendiri "Aku rasa macam nak sambung belajar". Something weird. Aku bertungkus lumus call UPM, UTM, USM, UKM, UM, UMK, UMP, UMS, UNIMAS bla bla bla nak cari research. Bila aku dapat 2 offers (if i'm not mistaken la) dari UMP dan UKM, pensyarah tu suruh aku sediakan proposal. Tiba-tiba hati aku berbisik lagi "Haish, tak boleh jadi ni". Aku cuba search google scholar, macam-macam articles, download punya download last sekali sepi je kat dalam files. Tak terusik pun. Then, aku reply kat 2 orang lectures ni aku nak decline. 


Apa yang aku nak cerita kat sini adalah..........jangan lari dari masalah jikalau apa yang kita akan buat lepas ni lagi memberikan kita masalah. Tak paham? Okay, lemme explain. 


Aku tersedar yang aku ni bukan nak sambung belajar sangat. Niat untuk sambung belajar datang lepas beberapa bulan aku tak dapat keje aka menganggur. Ini bukan yang aku nak sebenarnya. Kalau aku sambung belajar sekalipun, disebabkan takde minat dalam bidang research ni mungkin aku akan stuck untuk selesaikan pengajian. As a result, extend extend extend. *Mungkin*.


Tapi aku tengok trend sekarang ni macam tu la. Aku tak nak nanti bila orang-orang kita sambung belajar disebabkan takut untuk menempuh alam pekerjaan. Hasilnya? Lambakan graduan master's degree lebih-lebih lagi dalam bidang sains & teknologi. Next 2020 mungkin akan berlaku lambakan graduan Phd.  


Tidak! Aku tak kondem sesiapa. Aku cuma ingin berkongsi cerita yang pernah aku alami. Kali ini, aku cukup redha dengan perjalanan hidup ini.


Notakaki: Aku salute kat beberapa kawan (eg; Zara) sebab aku tahu memang keinginan dan minat yang mendorong mereka untuk sambung. Bukan disebabkan desakan masalah pengangguran.



Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.....sesal selamanya



Umur 5 6 tahun;
Nak pergi sekolah! Nak naik darjah 1!

Umur 12 tahun ;
Tak sabarnya nak masuk sekolah menengah! Nak belajar Geografi, Sejarah. Mesti seronok.

Umur 15 tahun ;
Eeeei, bila la nak abis belajar ni. Leceh la.

Umur 17 tahun ;
Yayyy, tak sabar nak spm. Malas nak pikir dah. Lepas ni enjoy! Amik lesen kereta.

Umur 18 tahun ;
Masuk matrik nak pakai baju cantik, henpon baru, kasut cantik, bla bla bla.. Belajar?

Umur 20 tahun
Arrrghhhh, tension nye. Bila nak habis semua ni. Menyampah buat PSM. Okay, sumpah aku dah tak nak sambung master. Cukup la aku ada degree je. Aku dah tak sanggup nak buat research. Aku nak keje, carik duit!

Umur 22 tahun  ;
Mak, susah nya nak cari keje. Mak, rasa macam nak sambung belajar la tapi takde duit. Orang betol-betol minat buat research. Nak sambung belajar la, boleh?

Umur 24 tahun ;
Menyesal nye tak belajar sungguh-sungguh dulu. Menyesal nye tak pilih kursus betul-betul. Menyesal nye masuk matrik, sijil tak laku. Menyesal nye tak belajar STPM. Menyesal nye!!!


Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Apa-apa pun, kita harus redha dengan perjalanan hidup ini. Mungkin Dia sedang menguji kita atau pun mungkin juga balasan atas apa yang pernah kita buat dulu. Aku redha Ya Allah. ;)


 
 
 
 
 

Saturday, March 10, 2012

Berkisar tentang matlamat dan tujuan hidup



*Tajuk nak hebat aje padahal takde kaitan langsung*

Holla!!


It's holiday time rite? Tapi aku tak cuti pun walaupun aku mampu amik cuti. Aku terpaksa gagahkan diri pegi sekolah Isnin ni macam biasa sebab ada program Pecut Gemilang PMR 2012 aka kelas tambahan aka bengkel menjawab soalan. Kenapa aku rajin sangat? Sebab aku nak duit! Duit! Duit!  Kaachinggg ($$).


Sekarang ni aku tengah bersesak nafas tanda kertas exam murid. Mengucap panjang, hazab yang amat markah semua. Cantik je warna pen merah menghiasi buku rekod. Aku pun baru dapat tahu yang SMK USJ 23 ni adalah sekolah gred B. Jadi, aku dah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku huhu.


Luckily, Kelas paling depan (Utarid) ada 4 orang murid dapat A. Dan paling membanggakan bila kelas paling hujung (Uranus) hanya ada 3 orang saja yang dapat gred D. Yang lain? Semua failed!! Tapi aku pujuk hati, takpelah at least masih ada yang lulus kan walaupun 3 orang gagagaaggagaga.


Seriously, aku tak tahu apa yang harus aku buat supaya mereka ni ada minat untuk belajar. Aku sangat kesian bila tengok sesetengah murid yang datang sekolah tanpa matlamat dan tujuan untuk belajar. Yang aku dapat observe dalam masa 2 bulan aku jadi cekgu kat sini, diorang ni datang nak bersembang, cerita pasal benda itu benda ini. Bersembang yang macam takkan pernah habis.


Okay la, this is just a short entry sebab aku masih lagi busy. Ni pun curik masa jap. Next entry kita akan discuss permasalahan ni dengan lebih detail okay. Aku nak lakukan investigation dulu.


Selamat bercuti semua!! Masa untuk rehatkan minda dan otak. Enjoy your day!!



Thursday, March 8, 2012

249 jawatan kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)





Permohonan adalah dibuka bermula daripada 6 Mac 2012 sehingga 27 Mac 2012


Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan;




Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online, sila klik disini


Kepada kawan-kawan yang disayangi, jom kite apply. Harap-harap dalam 249 jawatan kosong ni, kite tersangkut 1. Dapat pergi interview pun jadi la ye walaupun tak dapat masuk company tu ehek3.


P/s; Buat solat hajat mintak lekat 1 kerja kosong. ;P






Wednesday, March 7, 2012

TRENGKAS



Apa itu TRENGKAS?


Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.


Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!



Again, curik kat google image.

Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;

AKA = also known as
OTW = on the way
ASAP = as soon as possible  


Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try google, kebiasaannya wartawan guna trengkas sebab diorang nak tulis cepat. Tapi aku rasa, orang zaman sekarang dah semakin lupa even aku sendiri pun tak pernah tahu wujudnya trengkas ni.


Tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk belajarr trengkas ni sebab keje yang aku duk isi borang nye akan tanya kebolehan menaip dan trengkas. Kebolehan menaip mungkin aku boleh tipu lagi berapa p.s.m. P.s.m bukan projek sarjana muda okay. P.s.m is per se minit. Yang ni senang saja la, set masa dan type dalam masa seminit berata perkataan yang kau mampu type. Biasanya paling minimum 30-35 p.s.m. 


Okay la, mungkin aku akan update lagi bila aku dah pandai guna trengkas ni. Bye~


Saturday, March 3, 2012

Be confident!



Wear it right campaign: Less is more!





Be a natural kan bagus. Tapi kalau kulit menggerutu macam iols susah la teheee. Walaupun kulit aku tak semulus dan segebu telur rebus, jarang sangat aku nak pakai make up ala-ala artis. Setakat pakai eyeliner sikit, blusher sikit, dan lip balm jer. Kalau pakai heavy makeup tu hanya untuk majlis tertentu sajork. Kenapa? sebab aku malu nak pakai makeup, silap ari bulan nak nampak cantik alih-alih nampak macam badut sarkas pulak.


Nak pakai makeup tebal-tebal susah lor, contoh time nak solat. Kalau korang pakai eyeliner mesti hitam kat area mata sebab bila kita nak amik wudhuk kan kena basuh muka. Mesti nak tonyoh lebih kan. Pegi tilik muka kat cermin, kat area mata dah hitam macam kena penumbuk.


Minggu lepas, iols berblog-walking dan terjumpa blog si juara Gadis Melayu Rina Salleh. Tiba-tiba je kan padahal aku ada pegi dia punya butik baju kat Puchong Utama. Butik "Rina Salleh". Eh macam pernah dengar nama ni, balik tu aku terus google, betol la butik dia. Then, aku stalk blog dia sekejap. Adalah dalam 2 3 jam. Tertarik dengan satu topik yang dia post kat sini.


Bila baca entry tu, tiba-tiba aku terflash back saat-saat bergelar students dulu. Bila time nak pergi solat kat masjid besar, mesti lemah semangat. Kenapa? Sebab telekung semayang tak banyak, aku pulak lupa bawak telekung sendiri. Nak pakai telekung kat sana mak aiiii warna cokelat tak ingat. Cokelat sangat kat bahagia dagu. Kadang-kadang time solat tahan nafas. Kalau bernafas, mesti bau hapak tu menusuk hidung. Memang sah tak khusyuk la solat kan. 


Kenapa telekung semayang kita kat bilik bersih je, putih suci. Paling tidak pun setakat warna kuning susu je kat bahagian dagu hek3. Sebab kita tak pakai makeup kan kalau kat solat kat bilik. Kang senang macam tu. 


Renung-renungkan dan selamat beramal~