Friday, August 31, 2012

VEVO GO Shows: Give Your Heart A Break


She has grown up beb, so lovely this lovato. 




The day I first met you
You told me you'd never fall in love
But now that I get you
I know fear is what it really was

Now here we are
So close yet so far
Haven't I passed the test
When will you realize
Baby, I'm not like the rest

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah

On Sunday you went home alone
There were tears in your eyes
I called your cell phone, my love
But you did not reply

The world is ours if we want it
We can take it if you just take my hand
There's no turning back now
Baby, try to understand

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break

There's just so much you can take
Give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah

When your lips are on my lips
And our hearts beat as one
But you slip out of my fingertips
Every time you run, whoa-oh-whoa-oh-oh

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong

Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break
(Let me give your heart a break)

'Cause you've been hurt before
I can see it in your eyes
You try to smile it away, some things you can't disguise
Don't wanna break your heart
Maybe, I can ease the ache, the ache
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break

There's just so much you can take
Give your heart a break
Let me give your heart a break (your heart), your heart a break (a break)
Oh yeah, yeah

The day I first met you
You told me you'd never fall in love

Thursday, August 30, 2012

Lelaki kereta, perempuan rumah.



Tanggungjawab, ini baru adil.

Holla!


Semalam adalah hari yang sedih sebab kite terlanggar kereta orang kat masjid. Masa tu kite nak masuk parking, dah nampak dah tempat parking tu kecik. Kite ingat kan kereta kite dah kecik, boleh bolos rupa-rupanya besar jugak tsk tsk tsk.






Grrrrrr bunyi dia. nah hamikkauu, melekat cat kat kereta tambah pulak garis-garis calar. Ouchhh, calar tu sangat mengguris hati kecil ni. Tapi takpelah, tu dinamakan takde rezeki. Kenapa? Sebab selalu je jadi benda-benda yang tak diingini bila gaji baru masyukkkk. Masa tu kat kepala otak ni, takde lagi trip ke Melaka. Dah postponed dari hari sebelum Ramadhan lagi. Sedih tau! Sedih! 


Balik je terus tanya abang, "Sikit je kan ni? Takde apa sangat kan? Kalau pegi polish boleh kasi sinar balik kan? kan? kan?". Dia jawab "Kepala hotak mung, tak napok ko gelokoh ni?". Gelokoh kulit tahu tak? Cat dah tanggal wakakaka. Takde2, sila sedia rm200, hujung minggu ni pegi repair. Aiyoyoyo, pengsan maaaak.


Sebelum tido semalam, berlegar-legar kat kepala ni duk pikir dan dan masa tu jugak terus buat perancangan masa depan. Mungkin berguna untuk wanita-wanita di luar sana. 


Bila kawen nanti, cepat-cepat agihkan tanggungjawab. Eh tak, discuss dengan boypren sekarang jugak! Hal-hal berkaitan dengan kereta bagi dekat lelaki, hal-hal berkaitan dengan rumah, bagi kite perempuan yang handle. Kalau dia nak bagi kite kereta pls say no no no! Kalau naik boleh, kalau bayar-bayar tak boleh.


Sebab kereta ni sekejap-sekejap nak servis la, tayar dah botak la, baru je servis bearing dah pecah la bla bla bla bla. Kalau rumah, hari ini buat semayang hajat masuk rumah baru, insyaallah harap-harap 10 tahun akan datang pintu rumah tak tercabut lagi, tingkap takde pecah. Nampak tak kelebihan dia kat situ?? Kalau kereta bagi kat kite habis la kopak mak kopak hoi duit. Perempuan? Jumpa lompang kat jalan, terjun. Macam mana la kereta tak sakit kan? Tak macam lelaki, jumpa bumper jalan pun gigih nak elak. 


Sobsss, sedih sangat. Kenapa asyik hilang rezeki je ni? Mungkin sebab terlalu boros masa raya hari tu kot. Tak hengat donia ni beli itu ini... T________T


Bye~

Wednesday, August 29, 2012

Merah.



Merah bukan sebarang merah ni. Kitew bukan nak cerita pasal warna tema kawen tau! Bukan juga warna tema baju raya sebab tahun ni baju raya kitew kaler kuning macam orang nak bertunang. Kitew cuma nak cakap punch card kitew asyik merah je sejak dua menjak ni. Sekian~


Apa maksud nya kalau punch card asyik kuar warna merah je? Kenapa semangat nak datang kerja dah luntur? Tak macam dulu-dulu, bangun pukul 6.20 pagi solat subuh tak tido dah, duk termenung atas katil kelip-kelip sampai pukul 7.30 pagi. Pastu mandi, sarapan, minum fresh orange, belek-belek news paper lagak macam orang kaya. Iye dok? Takpe lah, practice makes perfect la katakan.


Tapi sekarang entah ke mana semangat tu pergi. Pagi-pagi bangun subuh pastu termenung atas katil, kali ni termenung sambil baring. Lama-lama hanyut, tapi sempat kunci jam. Officially bangun pukul 7.50. Terus pecut mandi, tak sempat sarapan, takde lagi minum susu/fresh orange, hanya amik supplement pure collagen je. Itu rahsia macam mana aku mengekalkan kulit yang cantik gebu bhahahaha. 


Masuk kereta dah tak dapat dengar panggilan hangit macam selalu sebab dah lari sikit masa. Biasanya pukul 8.10 tu dengar panggilan hangit sambil panaskan enjin. Tapi kan haritu terbaca kat fesbuk, tak elok panaskan enjin lama-lama sebab boleh mencemarkan udara. That's why i'm practicing rite now, masuk kete terus pecut. Pecut sampai nak langgar kete kanan kiri tapi tak berbaloi, punch card tetap pukul over 8.30. Nak pulak yang kena pukul 8.31, aduhhh sakit nya mata memandang.


Okay la, nak fokus sambung buat kerja. Jangan ganggu tau! muahahaha



Saturday, August 25, 2012

Setahun yang tenat.

Tik tok tik tok tik tok...begitulah pantasnya masa berlalu..


Kisah setahun yang lepas; Orang buat ASB, kiteww pun nak jugak. Orang kata baru la ikut trend kan. Tapi orang bukak ASB yang ada buku akaun Ting tu, kiteww yang baru keluar dari gua ataupun tiba-tiba terasa ada duit banyak kat tangan, terus pergi buat ASB Loan. Bila aku bagitahu yang aku buat ASB loan, ramai yang tanya "Buat pinjaman untuk apa? Dah nak beli rumah ke?". Oh, tak tawu tak tawu. Jangan tanya lagi, kiteww dah rasa menyesal la awak T__________T.


Masa tu aku & aza cuma pikir nak buat satu akaun yang mana duit tu dikunci dalam tu, tak boleh simply simply withdrawal duit tu sekalipun tengah terdesak. Konon nak menabung demi masa depan yang cerah la. Pastu dan dan masa tu jugak, kami teringat peribahasa "Malu bertanya, sesat jalan". Jadi, apa lagi? terus pergi kaunter EASY RHB yang kebetulan ada depan mata. Belum pun panas bontot, orang tu dah pungpangpungpangpungpang itu ini itu ini.


ASB-RHB loan ni apa benda? Camni, kami dah register buat pinjaman. Jumlah pinjaman tu bergantung pada gaji atau lebih tepat kemampuan kita nak bayar nanti. Uishh, tak usah cakap la gaji kami masa kerja kat Popular dulu memang heaven, kalah gaji cekgu cekgi. Bila pinjaman dah approve, kami kena bayar RM188 setiap bulan. Takde duit macam mana sekalipun, kau kena bayar jugak. Kalau tak, bersedialah terima panggilan dari peminat misteri. Aku pernah stop bayar 2 bulan, kau bayangkan betapa hidup aku ni dipenuhi misscall berpuluh-puluh kali sehari. Berbeza dengan ASB biasa kan, ada duit boleh simpan, takde duit tak payah simpan. Senang citer kan. Tapi seseuatu benda tu mesti ada pro dan kontra nya. Kan?


Loan Amount (RM)Monthly repayment amount (RM)
10 Years15 Years20 Years25 Years
10,000110837063
20,000219165139125
30,000328248209187
40,000437329278249
50,000546412347311
60,000655494417373
70,000764576486435
80,000873658555497
90,000982741625559
100,0001,091823694621
110,0001,200905763683
120,0001,309987833745
130,0001,4181,070902807
140,0001,5271,152971869
150,0001,6361,2341,041931
160,0001,7451,3161,110993
170,0001,8541,3991,1801,055
180,0001,9631,4811,2491,117
190,0002,0721,5631,3181,179
200,0002,1811,6451,3881,241


Contoh; Untuk Loan Amount; RM 30k, kalau rasa mampu nak bayar dalam masa 10 tahun, haaa bayar la RM 328 sebulan. Macam aku pulak pilih 25 tahun, so bulan-bulan bayar RM 188.88, maklumlah kompiden sangat kan boleh hidup 25 tahun akan datang (Ya Allah, semoga makbul doa ku ini)..;)


Tenat? Perit? Menyesal? Sesak nafas? Tak usah cakap. Semua bersatu padu menjadi satu. Nak menangis aku ni, eh memang menangis dah pun. Tapi percayalah kata-kata "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Iye dok? Bila dah cukup setahun, nanti akan ada dividen setiap hujung tahun. Berapa dividen nya kiteww tunggu announcement dari RHB. Bila duit dividen tu dah masuk, jangan lupa taw! terus semat dalam hati, kuatkan iman di dada, jangan sesekali keluarkan duit tu! Simpan okay! Simpan duit dividen tu untuk bayar RM 188 tiap-tiap bulan tuh. Cukup untuk cover setiap tahun. Kalau ada duit lebih kita boleh add on la dalam akaun supaya cepat-cepat habis bayar. I mean, dari 25 tahun mungkin boleh pendekkan kepada 23 tahun. Dari 23 tahun mungkin kepada 20 tahun. Okay, paham?


Kalau sebelum ni, dapat gaji RM 1500, asyik duk pikir nak bayar ASB RM 188, berokben la, astro la, nak beli baju la, kasut la, bila tinggal sikit dalam bank baru ingat nak bayar PTPTN. Pastu bila masa nak simpan duit untuk kawen? Kan? Jadi pasni dah boleh simpan duit untuk kawen pulak teheee. Jadi, aku dah nampak apa sebenarnya abang yang duk promot kat kitorang hari tu, setahun ni memang tenat dan perit nak bayar, bila dah dapat dividen, duit tu boleh cover kan nanti. 


Entry kali ini takde pun niat aku nak mengajak korang eh jom lah menabung la melalui EASY RHB. Tak lah! It's up to you, kalau rasa nak menyimpan duit dalam tabung ataupun celah tilam pun no hal asal kan hati mesti kuat, jangan hari ni simpan RM5, esok takde duit mula la menggagau tangan sana sini cari duit tu balik. Cuma nak cakap, untuk dapatkan hasil, bukan senang-senang tunggu hasil jatuh dari langit. Sama jugak hal dalam bekerja. Mungkin hari ini, kerja tak bagus/tak seronok, ala kuli-kuli sahaja, tapi bila Allah dah janjikan rezeki dapat kerja yang best, apa-apa cabaran pun pasti boleh hadapi sebab kita dah ada pengalaman melalui situasi sukar dalam hidup kita. Allah sedang menguji kita dan beri peluang kat kita supaya bersyukur. Kalau terus dapat kerja bagus, entah masa tu ingat lagi ke nak bersyukur? Mintak jauh la kan dari sifat macam tu. 



Okay la, sekarang tengah dalam mood stalk picca kawen kawan-kawan. Semoga mood aku tak rosak lepas 5 minit stalk picca tu nanti teheeee.






Tuesday, August 21, 2012

Bulan Mokcik Sedunia~



Holla!

Sedang kita semua asyik mengharungi bulan Ramadhan yang penuh berkat dan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat puasa, aku dikhabarkan berita gumbira yang mana untuk kali ke-10 aku menjadi mokcik. Mengimbau kembali detik pertama aku jadi mokcik 11 tahun dulu, umur aku baru je Form 1. Begini lah nasib ku, kecik-kecik lagi dah jadi mokcik. Disebabkan usia ku yang terlalu mentah masa tu, akak aku bahasakan aku chik ma instead of mokcik kihkihkih.


31 Julai 2012, lahir lah baby gegirlz yang super kiut.....



Nur Iman Raihah bin Asmadi


Skang tengah in mood mengimbau kembali kenangan lama, nak korek sedikit sebanyak untuk dikongsi bersama peminat ku.


1st anak sedara, Afiqah Dayana..




Lihat pada saiz nye, aku rasa nak jerit "Kakak, jangan cepat besar". You know, it's remind me that i'm getting older. Time flies too fast.




Ini keluarga besar kakak aku, dah produce 5 orang..muka pelbagai pesen dan warna. Oh, ini banyak mewarisi gene abang ipar aku..kih3..




Yang ni pulak baru 2 orang.. kakak aku sorang ni memang maintain kecik, pendek dan montok walaupun dah 2 orang anak..nampak macam kakak dan adik tapi jarang jumpa sebab diorang ni Sabahan. So, sekali jumpa peluang ada, aku berpicca segigih-gigihnya.




Iolss feeling ibu tunggal kejap.



Iolss adalah mokcik paling sporting.



Tapi ngan budok Ikhwan ni tak leh nak sporting sangat, asal jumpa je aku gaduh,asal jumpe je aku gaduh. Ini anak abang yang aku duk tumpang rumah. Memang 25 jam ngadap kerenah dia je la.




Ini Zafran, walau muka macam gegirl dan ada aura budok KPOP, aku paling fed-up dengan die, ratu menjerit!


Nak tambah satu lagi, baby Ammar Zafwan.. welcome to mommy sayang...





Okay, done with my keluarga besar, cukup membuatkan aku sungguh ke'mokcik-mokcik'an. Bye, selamat malam~


Saturday, August 18, 2012

Ucapan untuk semua.





Salam,


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan taulan yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta atas segala kesalahan lisan mahupun perbuatan secara sengaja atau tidak.


Ikhlaskan hati memaafkan kesalahan orang kepada kita sebagaimana kita mengharapkan orang lain akan memaafkan kesalahan kita ini.


Tahun ini, tahun kedua aku beraya tanpa seorang insan hebat yang ku panggil abah. Abah, tenang lah di sana. 


SELAMAT HARI RAYA!!!!!



Friday, August 17, 2012

Muktamad, resign!



Kisah benar, malam ni aku terasa macam seluruh badan ni dah melayang terbang ke London je..awwwww..



Terpaksa edit picca    T____T


Macam biasa, presentation sangat tahap C tapi taste dia wa cakap lu memang A lah!!



Bakal dihidangkan.......

Dihidang dalam plastik letak depan TV, lelong lelong, sape nak makan, amik.. Nak hidang kat tetamu tak layak, kembang semangkuk.. Picca kat atas ni dah di'edit'. jenuh mak nak mencari yang terbaik.


Mungkin ini adalah biskut raya yang terakhir hasil tangan aku. Aku lebih prefer buat kek sebab kek sekali harung je bakar, bohhhh letak dalam oven, goyang kaki depan TV. Kalau biskut, mahu 3 4 round.


Minggu lepas, aku buat cornflake madu lepas sahur. Punya la penat, lepas je masuk acuan dalam oven, aku lelap jap atas sofa. Rasa nye sekejap sangat lelap, bila celik mata sobbbbssss tak dapat diselamatkan lagi. Hitam legam cornflake aku. Aku rasa mcm tido 30 saat tapi rupa-rupanya 15 minit.. Hancur luluh perasaan ini..


Dengan ini, diisyhtiharkan chef mariani resign dari aktiviti buat biskut kerana dia sudah menemui kecintaan yang baru...




Eh, ape ni? ape ni? macam bunga rafflesia jeww... 


Tadaaaaaaaa~


Okay la, nak packing kain baju, esok nak ho ho ho balik kampong..ho ho ho balik kampung, ho ho ho ho balik kampung, kita makan jem!!


Goodnite to my sweetheart.. Oh, tak lupa nak ucap terima kasih kat awak sebab menyerikan hari-hari saya lebih lebih lagi tinggal beberapa hari je nak sambut raya. Yer, awak! Sape lagi kan kalau bukan awak wahai jerawat!!  



Thursday, August 16, 2012

Perempuan.


Holla!!


Dah lali kan dengar orang cakap kiteww perempuan ni mengada la, cerewet la, memilih la, itu la, ini la, bla bla bla....sebenarnya bukan mengada tapi itu dinamakan unik.

  • Kalau pergi shopinkkk: Jalan TAR beb, dia punya lebar kaki persegi tu huh mahu tercabut kaki ni nak jelajah semua kedai tapi masih bersemangat nak habiskan jugak tawaf ni. Pastu bila dah habis pusing, boleh cakap "Hrmmmm, takde yang cantik la". Memang alasan yang gila tapi itu la perempuan teheee yang mana lelaki takkan paham.

  • Bila singgah kat satu-satu kedai, tak perlu masuk dalam, berdiri je kat depan pintu, mata perempuan ni tajam, otak scan sepintas lalu. Tak jenguk masuk pun dah tahu takde baju yang menarik, hebat dok?

  • Bila masuk dalam satu kedai yang terlalu banyak sangat baju yang cantik-cantik, belek punya belek, try test lagi, last-last terbeli baju yang paling tak lawa. Itu  selalu terjadi!!

  • Bila keluar dengan kawan-kawan gegirls, melaram kemain, pakai shawl, skirt bagai, tapi bila keluar ngan bf segan lah nak janguk-janguk :P. Kalau ngan kawan-kawan, riuh nak pilih baju itu ini, masuk dalam fitting room 2 3 orang sekali gus, tapi bila ngan lelaki, segan la nak tanya pendapat "okay tak baju ni ngan titteww?" ehehe.

  • Lagi satu, masuk dalam kedai pilih baju. Sebelum masuk fitting room, mesti kena rembat 2 3 4 helai baju sekali gus sebab nak tunggu turn dah lama, tak berbaloi kalau nak test 1 baju je. Pastu dalam 2 3 4 helai tu, ada lah 2 helai yang berkenan. Terus letak kat bahu, cari lagi, cari lagi barang lain. Then, jangan terkejut kalau last-last kitorang keluar kedai dengan tangan kosong ekekekeke.

OMG, dah pukul 1! Patut la otak tak dapat nak pikir je ni. Nak bangun sahur, nak makan apa nanti? Haaa, ni la perempuan. Dah kena pikir untuk esok hari. That's why ramai perempuan cepat tua berbanding lelaki....*larikkkkkk*

Goodnite~

  

Monday, August 13, 2012

Kerah tenaga usia muda.


Holla!!


Lamanya tak rehatkan badan sambil memanjakan diri dengan beronline. Kat tempat kerja pun dah jarang online walaupun unifi super laju. Mungkin mood kedewasaan dah menyelinap masuk ke sebelah jiwaku. Kedewasaan?? phewwww.


Kerah tenaga usia muda? Ada apa yang tak kena pada tajuk tu? Macam bukan aku je bunyi nye tapi itulah aku. Alhamdulillah, dengan kudrat yang tak seberapa ni, rezeki yang Allah dah bagi ni, yer rezeki yang kau selalu mintak dengan Allah wahai mariani...

Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon sekiranya rezeki berada di langit, Engkau turunkan lah, rezeki dari bumi, Engkau keluarkan lah, rezeki yang jauh, Engkau dekatkan dan rezeki yang susah, Engkau permudahkan lah

Tiba-tiba dapat offer buat keje part time, okay aku terima. Boleh bayangkan tak gaji aku skang dah beribu-ribu, bila buat keje part time, gaji aku mungkin akaan cecah RM10 ribu sebulan. Ohhh, berdebarnya hatiku kikikiki.....


Okay la, tata~

Thursday, August 9, 2012

Cinta tak natural.



Rentetan dari post semalam "Suria Cintaku", memang aku hanyut betul-betul entah bila tertido. Sedar-sedar dah pukul 5, humakkau sahur, dah lambat.


Okay, ini mungkin post terakhir aku berkaitan cinta, hati dan perasaan. Sila pegang janji aku ni, yang terakhir, untuk bulan ini je hewhewhew. Lepas ni, belog ini akan dihiasi dengan picca dan resepi kuih muih, biskut dan kek raya sempena Hari Raya nanti!


Semalam, tengah layan Suria Cintaku, ada satu segmen iaitu Chit Chat Cinta untuk siapa-siapa yang sedang ingin mencari jodoh yang mana DJ Lin akan bacakan status/ deskripsi orang yang hantar request. Contohnya;

Nickname: Insan kesepian
Deskripsi: Berkulit cerah, tak tinggi, sederhana, pandai memasak, nak cari jodoh, baru dikecewakan, nak cari yang ikhlas, duda pun takpe. *perghhhh*.


Lepas tu DJ Lin akan bagi kod; 123456. Siapa yang nak berkenalan dengan insan kesepian ni boleh hantar ON *suria cinta* *no kod* hantar ke bla bla bla. Lebih kurang macam tu la. Hrmmm, tak tahu nak cakap apa. Kesian? Mungkin la hehe.


Jadi, apa kaitan citer ni dengan aku? kahkahkah. Oh, nak bagi pesanan sikit. Sikit jeww, janji! Bila kita baru putus cinta, sedih memang tak usah cakap la, diri sendiri je yang tahu. Tapi biarlah kelukaan dan kesedihan itu sembuh dulu, insyaallah sampai suatu masa kita akan dapat terima kenyataan. Tak perlu nak mencari pasangan secepat mungkin kalau motif nya sekadar nak ubat kesepian sebab hati kita sebenarnya belum bersedia. 


Bila bestfriend offer "Eh, aku ada kawan laki sorang ni single".Tiba-tiba "Nak! Nak! Nak kenal!". Kadang-kadang mulut je beria tapi bila dah berkenalan ahhh malas la nak melayan. Tak seronok la kenal macam gini, macam dipaksa-paksa je. You know, orang kata tak natural. Biarlah cinta itu datang secara semulajadi baru rasa bahagia. Dok gitu?


P/s: siapa yang baru je suruh family carikan jodoh tu, haaaa pikir-pikir kan lah~


Teheee



Wednesday, August 8, 2012

Suria cintaku.



 Walaupun tajuk takleh blaaaaahhh tapi itu la tajuk yang dipikirkan paling molek. 


Kepada sesiapa yang rasa ada henpon canggih tu, tapi asyik tersadai kat tepi bantal je, sekali sekala tengok skrin dengan harapan ada mesej masuk, pastu eh betol-betol ada mesej la, cepat-cepat buka "Shit, mesej maxis/hotlink". Kecewa?? Takpe, saya sangat paham akan perasaan itu :P


Jadi, korang tak tahu macam mana nak gunakan henpon yang canggih itu dengan semaksimum yang mungkin?? Setakat nak letak bawah bantal, kunci jam bangun nak sahur, tak luak mana pun bateri henpon tu. Apa kata tune radio Suria.fm setiap pukul 11 p.m bersama DJ Lin, segmen "Suria Cintaku".


Dinasihatkan kepada sesiapa yang baru putus cinta tolong jangan dengar, dikhuatiri korang tak boleh terima kenyataan ekekeke. Malam-malam aku layan Suria Cintaku sebab lagu-lagu sangat menggamit memori, hampir semua stok lagu karaoke. Lagi satu, suara DJ Lin ni sangat romantik bila baca ayat-ayat romantik bikin mata ni hanyut. Sekejap je dah belayar ke dalam mimpi yang indah.


Okay, nunyte~




Me, a woman.



NOW!!


Sedih tak bila dengan rela hati terpaksa transform diri dari seorang gegirl yang selalu enjoy hidup nya suatu ketika dulu kepada seorang wanita? Tak lain tak bukan, saya! 


Dah, jangan merajuk lagi, nanti makin tua. Okay la tu, sesuai dengan umur.


Kat tempat kerja, staff lain asyik complaint " Why haaa u only 24 tapi dah gigih makan collagen?". Eh, biar la. Saya nak cantik. 


Keesokkan harinya, sorang staff datang tanya " Yani, itu hari u cakap u single. U masih single kan? *single here means not married yet, bukan single yang totally singe tuh hihi*". Then, saya cakap "Yarr, single. Kenapa ye? (dalam hati berdebar-debar, takut diorang nak kenengkan dengan family ke hape ke)". Rupa-rupanya, ini jawapan;


"That day haaa, i saw u at Carrefour. Pimpin tangan budak kecik. I said to my husband, eh itu Yani. Hari tu kata single, tak kawen lagi. That's why haaa I nak tanya u, itu budak kecik bukan ur son rite?". Goshhhh. Itu anak sedara la. " Owh, tapi I tengok u ni seorang yang mother-type la. I mati-mati ingat tu anak u hihihi". Itu lah, aku dah cakap dengan si Ikhwan ni jangan ikut jangan ikut! Nampak macam mak dengan anak. 


Nanti malam nak update blog lagi. Lately busy jewww. Korang tahu kan, kalau orang tu seorang yang gilo on9 suatu ketika dulu, tiba-tiba dah slow down mesti ada something yang membuatkan dia lupa kejap nak on9 atau baru jumpa hobi baru kan. :)  teheee. Nati kita story  yer. Skang ni masa kerja, tak baik mengulorr. Tak berkat katanya *bluwekk*