Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Fikir dua tiga empat kali.................

Holla!!

Okay, as mentioned above, beberapa bulan lepas aku ada apply banyak jobs. Walaupun yang ada sipi-sipi je requirements mengena, aku apply je. Orang kata mencuba tu takde salahnya. Dapat ke tak lain pulak cerita. Kalau dapat Alhamdulillah.


Awal bulan Mac aritu, aku and Aza dapat interview kat Planetarium. Jawatan? Pembantu galeri secara kontrak (PSH). Pikir punya pikir punya pikir, lokasi yang sangat jauh tu, malas la pulok nak pegi. Lagipun mesti kerja jadi customer service officer ataupun explain pasal benda itu benda ini kepada pengunjung. Cukup la aku buat customer service masa kerja kat Guardian & Popular dulu. Asyik kena ngadap muka-muka orang kaya yang sombong je. Tak sanggup!


Then, 2 minggu lepas, aku and Aza dapat offer letter untuk interview Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT). Memang sebelum ni kami dah planning macam-macam. Kalau dapat ni best la, daripada takde buat apa, baik masuk program ni. Total masa program ialah 8 bulan. Ada elaun. Tapi bila dapa…

Kolej Komuniti #1 : Adobe Illustrator (Beginner)

Create distinctive vector artwork for any project. Take advantage of the precision and power of sophisticated drawing tools, expressive natural brushes, and a host of time-savers


Hari Sabtu lepas, 24 Mac 2012, aku and Aza telah selamat pegi kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti kat Kuala Langat. Lebih kurang 1 jam perjalanan. Jauh jugak tapi takde hal. Kami orang bujang. Kitorang apply untuk kursus Adobe Illustrator for beginner. To be honest, sampai je kat sana, kami awal-awal lagi mengaku yang takde dapat call/msg dari sesape. Main redah je walaupun nama takde dalam list. Tapi alhamdulillah lepas sebab ramai yang apply tapi tak datang pun. Masih lagi ada kekosongan.


Apa itu Adobe Illustrator? Macam mane rupa bentuk Ai?


 Adobe Illustrator lebih sinonim dengan rekabentuk logo, penghasilan simbol atau ikon, brochure, banting, poster, printing baju. Ia juga boleh digunakan untuk editing gambar tapi lebih baik kita edit guna photoshop. Lagi nampak impak. Seronok jugak la main benda…

Jobseekers too choosy

Fresh graduate seems to be unrealistic in their expectations of a good salary and remain picky on jobs even with many employment opportunities
My opinion: Belajar susah-susah course untuk degree pastu nak keje 'out of field'? Yang duk berhempas pulas belajar 3 tahun tu nak lupakan macam tu je. Bukan ke orang kata kalau kita tak apply apa yang kita belajar, lambat laun akan lupa jugak. Ye, macam aku sekarang ni la. Satu habuk pun dah tak ingat apa yang aku dah belajar masa kat Unibersiti dulu2. Apa itu tissue culture? microbe? DNA? Apakah? Whatever la.


Lagi satu, banyak company nak amik pekerja yang berpengalaman kerja  sekurang-kurangnya 1 atau 2 tahun dalam bidang sains/bio atau apa2 la sedangkan selama aku kerja ni memang tak specialized dalam bidang tersebut. Susah sangat nak apply kerja. Tapi takpe la, asalkan Malaysia ni maju. PM dan menteri-menteri makin kaya. Bangunan-bangunan tinggi makin naik. Masjid besar dibina merata tempat (orang tak ramai pun datang semayang). I…

Motivasi memasak bersama chef Liza Zainol

Bertempat di SMK Putra Perdana

Dah seminggu dah berlalu cuma aku je malas nak berblog skang ni. Bizi sesangat kekdahnya. Tepek picca saje la ye untuk santapan mata semua.











Sampai akhir pun aku tak amik gambar bersama Zul Huzaimy sebab aku malu. Apakah? teheeee



Kelas Memasak #1; Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan

Bahan A                                                                               Bahan B (Bagi menumis)

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak                         3 biji bawang merah (ditumbuk)
5 sudu makan serbuk kari                                                   2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji terung                                                                          1 inci halia
3 biji cili hijau (di buang tangkai)                                         1 sudu makan halba campur
1 biji tomato (dipotong 4)                                                   3 tangkai daun kari
1 cawan asam jawa
1 cawan santan pekat
Minyak masak
Garam secukup rasa


Cara memasak

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangiMasukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyakMasukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidihMasukkan ikan dan terung. Tambahkan air sedikit supaya santan tidak pekatKecilkan api dan biarkan sehingga mendid…

Dapat job baru secara tidak sengaja

Hello Sunday!!

Pejam celik pejam celik dah abis cuti sekolah. Sekejap nya masa berlalu. Baru je terasa nak rehatkan diri. Aku ni sama je dengan students. Malas buat kerja sekolah. Belum key in markah lagi..Hadoiiya..


Psssstt, aku nak cakap la sikit mungkin lepas ni aku ada tugasan baru setiap hari Ahad. Tugasan apa? Biasa la aku ni kan hantu rancangan rancangan realiti tv. Memandangkan MENTOR 6 dah nak start, jadi secara tak langsung aku pun terlibat sama. Terlibat yang macam mana? Jadi pengkritik dari rumah kehkehkeh. Jangan marah. Mungkin disebabkan aku ni terlalu banyak tengok rancangan realiti tv, dari situ aku belajar macam mana suara datang dari perut, teknik pernafasan, falseto, vibreto kahkahkah. *Poyo*


Okay, dalam ramai protege aku tak sabar nak tengok yang ini......


Since aku dah terjerumus sekali tengok showdown 2011 yang lepas, jadi aku ada perasan la jugak KJ ni dari group Borneo Crew. Menari hebat. Kalau la geng-geng HMC Phlow masuk kan best jugak. Dah la hensem. Phewww…

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) - TM

"Grab the opportunity to polish up on your soft skills and gain on-job-training experience at a multinational corporation"


Program Overview Soft Skill training     -  2 months On-Job-Training     -  6 months
Requirements

CGPA 2.50 and aboveUnemployed after graduation (minimum 6 months)Age not more than 26 yearsEmployed graduate with incommensurate salary
Sape-sape yang berminat, boleh apply kat sini . Tarikh tutup 16 March (hari ni kan?) Takpe, ada masa lagi.. HURRY!


Aku copy paste dari web TM..aku terasa nak jugak apply tapi aku ni dah lama grad, dah tua bangka. Macam tak layak je. Lagi pun, tahun lepas aku ada apply tapi tak dapat jugak..muahehehe..



Oh, rupanya die....Asfan - Terhenti Di Sini...

Ramai yang cakap suara die ni macam nubhan. Tapi first time aku dengar, aku ingat kan Faizal Tahir!! Seriously......




SPM, 21 March.

Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari dulu hingga sekarang. Tak dapat dinafikan ia mengambil satu jangka masa yang agak panjang untuk memikirkan sesuatu yang baru dan fresh untuk diperkenalkan. Tapi biasa lah, setiap apa yang diwujudkan mesti ada pro dan kontra jugak. Mungkin awal-awal ini, ramai yang blur bukan saja cekgu cekgi malah juga kepada ibu bapa apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


Perghh, intro die tak nak kalah. Okay, aku bukan nak cakap pasal PBS. Sape la aku ni? Satu habuk pun tak tahu. Nak bercakap dengan air liur je, sape2 pun boleh. Yang bercakap guna akal sikit je. Jadi, baik aku diamkan diri.


Cuma aku terkenangkan memori daun pisang aku dulu-dulu. Sempat aku melalui 4 exam terbesar dan penting.

PTS ---->  UPSR ---->  PMR ---->  SPM 

Okay itu je teheeee. And here, aku tolong berdebar untuk adik aku yang bakal kluar result SPM 21 March ni. Harapan aku semoga result dia takkan menghancurkan harapan mak sebagaimana aku telah hancurkan harapan…

Nevermind.........

I’llfindsomeonelikeyou
I wishnothingbut thebestfor youtoo
Dontforget me, I beg
I rememberyousaid
Sometimesit lastsin lovebut
Sometimesit hurtsinstead


Ditujukan khas kepada tetttttt.....





Kelas memasak Sdn Bhd.

Holla!!

Camane holiday uols semua? Ada orang pegi bercuti kat Banjaran Alps tak? Untung-untung dapat jumpa abe Yuci dan Lisa Surihani. So sweeet. 2 minggu ni aku amat la busy. Busy khatam semua kisah dan video perjalanan cinta yuci & lisa surirumah ni. I wish perjalanan cinta aku pun macam ni jugak wakakakaka.


Okay, untuk tahun ni aku dah tanam satu azam. Apa azam aku? Aku nak buat perkara-perkara yang membolehkan aku membuat persediaan menempuhi alam perkahwinan kelak. Mungkin tak lama lagi (bluweeekkk) Aku pun taknak kalah ngan Yuci & Lisa.


Perkara pertama ;

MEMASAK

Aku teringin nak register and join kelas memasak. Tak kira la berbayar ke tak, mahal ke tak. Tapi kalau boleh aku nak yang free aje. Boleh giteww? At last, aku terpaksa akur disebabkan beberapa perkara. Ada 2 kekangan. Pertama adalah kekangan masa. Yang kedua ni memang masalah besar iaitu kewangan. Yer, aku memang tengah pokai ni tapi kalau jalan-jalan pergi karaoke, tengok muvie duit tak pernah TAK ade wakakaka…

Jangan lari dari masalah

According to  http://www.studymalaysiaguide.com, "master's degree" is is an academic degree granted to individuals who want to have a professional specific field of study or practices.




Dulu aku pernah bertekad tak mahu sambung master sebab aku tahu kemampuan diri sendiri. Sebelum orang lain menyedarkan aku akan tahap kemampuan aku, lebih baik aku confessed awal-awal yang aku memang kurang berminat dalam research. Persepsi orang terhadap kita macam-macam. Orang mungkin cakap aku tak sesuai buat research tapi realiti nye aku memang seorang yang punya narrow-minded. Bukan kolot! Cuma aku takde ciri-ciri macam Albert Einsten. Senang kata ciri-ciri seorang inventor la.

Kenapa aku cakap macam tu? Bila aku gagal sekali, aku memang akan rasa down tahap tersungkur menyembah bumi. Aku kena amik masa untuk heal ke'frust'an aku ni. Pengalaman buat PSM dulu amat menakutkan sampaikan aku bertekad tak nak sambung belajar lagi lepas ni. My besties pun pasti ingat lagi yang aku pe…

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.....sesal selamanya

Umur 5 6 tahun;
Nak pergi sekolah! Nak naik darjah 1!
Umur 12 tahun ;
Tak sabarnya nak masuk sekolah menengah! Nak belajar Geografi, Sejarah. Mesti seronok.
Umur 15 tahun ;
Eeeei, bila la nak abis belajar ni. Leceh la.
Umur 17 tahun ;
Yayyy, tak sabar nak spm. Malas nak pikir dah. Lepas ni enjoy! Amik lesen kereta.
Umur 18 tahun ;
Masuk matrik nak pakai baju cantik, henpon baru, kasut cantik, bla bla bla.. Belajar?
Umur 20 tahun
Arrrghhhh, tension nye. Bila nak habis semua ni. Menyampah buat PSM. Okay, sumpah aku dah tak nak sambung master. Cukup la aku ada degree je. Aku dah tak sanggup nak buat research. Aku nak keje, carik duit!
Umur 22 tahun  ;
Mak, susah nya nak cari keje. Mak, rasa macam nak sambung belajar la tapi takde duit. Orang betol-betol minat buat research. Nak sambung belajar la, boleh?
Umur 24 tahun ;
Menyesal nye tak belajar sungguh-sungguh dulu. Menyesal nye tak pilih kursus betul-betul. Menyesal nye masuk matrik, sijil tak laku. Menyesal nye tak belajar STPM. Menyesal nye!…

Berkisar tentang matlamat dan tujuan hidup

*Tajuk nak hebat aje padahal takde kaitan langsung*
Holla!!

It's holiday time rite? Tapi aku tak cuti pun walaupun aku mampu amik cuti. Aku terpaksa gagahkan diri pegi sekolah Isnin ni macam biasa sebab ada program Pecut Gemilang PMR 2012 aka kelas tambahan aka bengkel menjawab soalan. Kenapa aku rajin sangat? Sebab aku nak duit! Duit! Duit!  Kaachinggg ($$).

Sekarang ni aku tengah bersesak nafas tanda kertas exam murid. Mengucap panjang, hazab yang amat markah semua. Cantik je warna pen merah menghiasi buku rekod. Aku pun baru dapat tahu yang SMK USJ 23 ni adalah sekolah gred B. Jadi, aku dah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku huhu.

Luckily, Kelas paling depan (Utarid) ada 4 orang murid dapat A. Dan paling membanggakan bila kelas paling hujung (Uranus) hanya ada 3 orang saja yang dapat gred D. Yang lain? Semua failed!! Tapi aku pujuk hati, takpelah at least masih ada yang lulus kan walaupun 3 orang gagagaaggagaga.

Seriously, aku tak tahu apa yang harus aku buat …

249 jawatan kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Permohonan adalah dibuka bermula daripada 6 Mac 2012 sehingga 27 Mac 2012

Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan;



Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online,sila klik disini

Kepada kawan-kawan yang disayangi, jom kite apply. Harap-harap dalam 249 jawatan kosong ni, kite tersangkut 1. Dapat pergi interview pun jadi la ye walaupun tak dapat masuk company tu ehek3.

P/s; Buat solat hajat mintak lekat 1 kerja kosong. ;P





TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Be confident!

Wear it right campaign: Less is more!




Be a natural kan bagus. Tapi kalau kulit menggerutu macam iols susah la teheee. Walaupun kulit aku tak semulus dan segebu telur rebus, jarang sangat aku nak pakai make up ala-ala artis. Setakat pakai eyeliner sikit, blusher sikit, dan lip balm jer. Kalau pakai heavy makeup tu hanya untuk majlis tertentu sajork. Kenapa? sebab aku malu nak pakai makeup, silap ari bulan nak nampak cantik alih-alih nampak macam badut sarkas pulak.

Nak pakai makeup tebal-tebal susah lor, contoh time nak solat. Kalau korang pakai eyeliner mesti hitam kat area mata sebab bila kita nak amik wudhuk kan kena basuh muka. Mesti nak tonyoh lebih kan. Pegi tilik muka kat cermin, kat area mata dah hitam macam kena penumbuk.

Minggu lepas, iols berblog-walking dan terjumpa blog si juara Gadis Melayu Rina Salleh. Tiba-tiba je kan padahal aku ada pegi dia punya butik baju kat Puchong Utama. Butik "Rina Salleh". Eh macam pernah dengar nama ni, balik tu aku terus google, bet…