Sunday, July 31, 2011

Reminiscing the Ramadhan.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Rindu by Hijjaz



Selamat berpuasa..Mr google.




Menjelang Ramadhan, benda yang paling rindu sangat-sangat adalah Bazaar Ramadhan. Tettttt. Tarawikh should come first laaa. Tapi yang sedihnya, tahun ni tak dapat nak tarawikh kat masjid/surau sebab jauh. Takde transport. Lagi satu kerja shif tak menentu, kadang-kadang shif malam mahu balik pukul 11 p.m ni. Apa-apa pun, still hoping Ramadhan kali ini lebih bermakna lebih bagus dari yang sebelum nya. Jangan kejar yang sunat aje tapi make sure yang wajib (Solat 5 waktu & puasa) betul-betul terjaga.


Sama jugak ngan bazaar Ramadhan. Kat area sini takde bazaar ramadhan sebab ini kawasan orang cina. Mahu kena naik transport jugak. Tapi saya tahu ada hikmah. Allah S.W.T taknak bagi saya membazir tahun ni. Ye la, bila pergi bazaar je, itu nak ini nak, pastu tak habis. Membazir!


TAPI....betul-betul rindu bazaar ramadhan kat UTM!! arghhh, serious best. Petang-petang jalan kaki dengan zara and d gangs (zaman di mana kaki merupakan transport utama bagi kami) teheee. Sahur dengan roti jer tapi cukup kenyang. Tahun lepas punya bazaar ramadhan dekat Dengkil lagi sadis. That time, itu la bazaar yang saya dan kakak pertama kali jejak dan bazaar tu jugak la kali terakhir kami jejak. Sebab serik terbeli nasik tomato yang bau masam. Takde rezeki. Then kami terpaksa sharing-sharing makan tapi alhamdulillah kenyang.


Apa yang saya masih ingat, saya tak pernah bersahur, berbuka seorang diri. Kalau tak dengan kawan-kawan pun, mesti dengan family. Tapi this time, terpaksa berdikari. Tak terpikir macam mana nak berbuka puasa kalau kerja shif petang. Kat tempat kerja pulak ramai cina. Some of them tak pernah tahu apa tu puasa, apa tu solat. T T.


Ya Allah, permudahhkanlah hari-hari ku dalam melakukan ibadah di bulan Ramadhan kali ini. Amin....


SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

4 comments:

blog-tips-kurus said...

Salam Ramadan. semoga semuanya ok! :-)

mynameisYAT said...

Selamat berpuasa! :)

Mar Yanie said...

selamat berpuasa jugak both of u..

Mar Yanie said...

yatt..semoga kau akan puasa penuh tahun ni..hahahaa