Saturday, March 10, 2012

Berkisar tentang matlamat dan tujuan hidup



*Tajuk nak hebat aje padahal takde kaitan langsung*

Holla!!


It's holiday time rite? Tapi aku tak cuti pun walaupun aku mampu amik cuti. Aku terpaksa gagahkan diri pegi sekolah Isnin ni macam biasa sebab ada program Pecut Gemilang PMR 2012 aka kelas tambahan aka bengkel menjawab soalan. Kenapa aku rajin sangat? Sebab aku nak duit! Duit! Duit!  Kaachinggg ($$).


Sekarang ni aku tengah bersesak nafas tanda kertas exam murid. Mengucap panjang, hazab yang amat markah semua. Cantik je warna pen merah menghiasi buku rekod. Aku pun baru dapat tahu yang SMK USJ 23 ni adalah sekolah gred B. Jadi, aku dah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku huhu.


Luckily, Kelas paling depan (Utarid) ada 4 orang murid dapat A. Dan paling membanggakan bila kelas paling hujung (Uranus) hanya ada 3 orang saja yang dapat gred D. Yang lain? Semua failed!! Tapi aku pujuk hati, takpelah at least masih ada yang lulus kan walaupun 3 orang gagagaaggagaga.


Seriously, aku tak tahu apa yang harus aku buat supaya mereka ni ada minat untuk belajar. Aku sangat kesian bila tengok sesetengah murid yang datang sekolah tanpa matlamat dan tujuan untuk belajar. Yang aku dapat observe dalam masa 2 bulan aku jadi cekgu kat sini, diorang ni datang nak bersembang, cerita pasal benda itu benda ini. Bersembang yang macam takkan pernah habis.


Okay la, this is just a short entry sebab aku masih lagi busy. Ni pun curik masa jap. Next entry kita akan discuss permasalahan ni dengan lebih detail okay. Aku nak lakukan investigation dulu.


Selamat bercuti semua!! Masa untuk rehatkan minda dan otak. Enjoy your day!!



2 comments:

mynameisYAT said...

hahaha. seronoknye menanda paper exam!!

Mar Yanie said...

seronok yg amat weh..kadang2 kelakar baca jawapan diorang..ceh, padahal cekgu2 kite dulu gelak sakan ngn jawapan kita..hahaha