Skip to main content

Kelemahan dan kekuatan



Holla....

I just came back from the interview kat Sekolah Sri Utama di Setapak. Hari ini macam-macam hal berlaku. Starting day pun dah entah hape-hape kan. My mom and I sangat percaya kepada benda karut macam ni. Benda karut apa? Kalau kita nak buat sesuatu benda penting, kita mesti start dengan mood yang baik. Baru la benda tu run smoothly kan. Yang tu memang aku selalu pegang dari dulu sampai sekarang.


So, hari aku bermula seawal jam 5.00 a.m. Kunci jam dengan alarm yang sangat kuat tahap maksima. Konon la kan nak bangun pukul 5.00 pagi. Last-last pukul 5.30 jugak sedar. Lepas tu nak buat "lesson plan" untuk microteaching nanti. Entah la nak dijadikan kebetulan, satu keping kertas A4 mahupun kertas kajang serius tak wujud dalam rumah. Nak gila rasanya padahal aku ke hulu ke hilir pergi sekolah duk usung kertas A4. Jadi aku give up. Lantak la apa nak jadi.


Pukul 6.30 am aku turun rumah, cari heels tak jumpa. Oh, rupa-rupanya ada dalam bonet kereta. Dah nak gerak ni, eh lupa pulak aku nak bawak mangga dan kunci. Kenapa? sebab aku dah sediakan set induksi untuk mengajar Biology Form 4, topik Enzyme. Ingat lagi tak "Lock and Key hypothesis"?? Yang tu la, gigih aku duk tarik mangga kat pintu rumah ni.


Pukul 7.45 am dah sampai area Setapak. Ingat kan dah sampai area tu dah boleh lega tapi punya tekan minyak tak hengat sampai terlepas jalan. Hari ini aku berjaya drive sampai ke UIA kat Gombak hokkay!. Kalau aku pergi sikit lagi ke depan, dah selamat aku balik Kelantan terus. Senang citer. Muahahahaha....


Then, masuk jer Sekolah Sri Utama entah aku jadi bengong ape kan pegi rempuh divider. Habis kopak kereta ABANG aku. Not mine okay hahahaha. Sesampai je kat office Alhamdulillah semua berjalan lancar which is aku tak perlu nak tunggu lama pun nak interview. Ada 2 orang je yang datang interview.


Dalam banyak-banyak soalan interview, aku sangat blurrrr bila interviewee tanya "what's your weakness and strenght". I DO NOT KNOW. Setahu saya, saya tak pernah ada kelebihan kehkehkeh. Last-last aku end up dengan jawapan yang aku sendiri tak tahu nak cakap hape.

Kekurangan; Sometimes, I can be a very hot-tempered. So that, students akan pokus bila saya mengajar dalam kelas...bluweeekkkk. Padahal aku yang selalu kena buli..

Kelebihan; I'm not a last minute person. Yang ni boleh muntah darah sebab dalam ramai-ramai kawan aku, aku la yang paling lembap sangat buat kerja. Suka buat kerja last minute huargghhh...


Muka lega gile plus dah kusam sebab kena hentam dalam bilik interview

Bye~



Comments

aienzunnur said…
cikgu maryani la nanti..=p
mar yanie said…
cekgu la sgt kheeennnn...hahaha
YAT said…
skrg pon cekgu. chaiyok!

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…