Penat sungguh nak bagi jawapan kepada soalan yang berbunyi macam gini;
"Kenapa sekarang ni nampak kurus sangat ?"
Sekarang ni?? Oh, maknanya dulu-dulu saya pernah gemuk gedempol la ye teheee.
|
Waffer chocholate galore RM10.00 untuk santapan minda dan rohani..:P |
Lalu saya kerah otak supaya memikirkan kenapa saya seorang yang kurus dari dulu, kini dan dot dot dot *belum confirm lagi kot kot lepas kawen beranak bagai, berat naik kan?*.
Pernah tak korang terpikir kenapa korang masih maintain kurus walaupun dah makan banyak? Lebih banyak sebenarnya makan berbanding orang berbadan montel. Okay, jom kita buat diskusi bersama-sama.
KETURUNAN
Kadang-kadang jawapan ni sesuai, kadang-kadang TAK! Jangan selalu guna ia sebagai alasan kukuh. Tak semua orang mewarisi genetik kurus dari keturunan mereka. Ada je kawan saya ni memang kurus tapi adik dia gemuk semacam je.
TAK MEMBERI SEPENUH JIWA
Salah satu punca adalah tidak memberi sepenuh jiwa bila mengadap makanan. Tak paham? Memang tugas saya untuk memahamkan anda semua. Ayat paling tepat, fokus! Macam korang study, kalau tak fokus tak lekat kat minda kan? Sama jugak halnya dengan makan. Macam saya sendiri suka sangat makan sambil mengadap laptop, online atau pun tonton TV. Bila kita buat dua kerja dalam satu masa memang tak jalan. Secara tak langsung, makanan tu sebenarnya tak lekat dekat perut sebab kita manusia ni kalau dapat online, tengok TV dah rasa cukup kenyang.
MAKAN BERSEORANGAN
Bila makan sensorang, mula la otak nak pikir yang macam-macam. Lepas tu sedih, lepas tu tak lalu makan, lepas tu tak habis makan, lepas tu buang macam tu je. Pernah tak korang bandingkan kuantiti makanan yang ditelan semasa makan sensorang dengan makan beramai-ramai dengan family atau sahabat handai? Tak sama kan? Lebih-lebih lagi kalau makan berebut-rebut, lagi la berselera daripada makan sorang-sorang. Sebab tu orang tua kita selalu ajak makan sama-sama, makan ramai-ramai baru la JIWA tu wujud.
Jadi, saya bagi tips untuk korang semua sebab saya dah praktik kan dalam masa 2 minggu ni. Adalah perubahan sikit, naik 1.5 kg kih3. Hari tu 37.6, sekarang dah 39.3 kg. Alhamdulillah.
Tips pertama; Jangan skip waktu makan.
Kalau korang dah set masa makan, pliss ikut jadual tersebut. Macam saya sendiri, pagi-pagi breakfirst dengan pisang goreng. Memang sedap gilooo. Dah ketagih, bila tak makan sehari tak boleh nak fokus kerja tsk tsk tsk. Sehari kita skip okay lagi, dua tiga kali dah TERskip, memang secara tak langsung jadual makan dah berubah. Nak diringkaskan (bedasarkan pengalaman diri sendiri), bila saya TERskip breakfirst, masuk je timing lunch mesti terasa nak melahap 2 3 pinggan nasik kan. Bila dah makan banyak, pukul 8 malam pun masih lagi kenyang. Betul tak? Pukul 9.30 dah masuk tido. So, kat situ dah nampak kan berat tu hilang ke mana? That's why la kena follow schedule yang dah dirancang.
Tips kedua; Biar tak cukup daripada membazir.
Kadang-kadang makanan yang tak cukup tu la yang sedap. Kalau makanan banyak, jenuh nak habiskan. Pastu mulalah kunyah makanan pun tak bersemangat, terus JIWA tu hilang. Betul dokk? Bukankah membazir itu makanan syaitoooon? Allah tarik rezeki nanti baru tahu! Tak semestinya Allah tarik rezeki dari segi duit je, mungkin jugak berat badan. Tak percaya ke? Saya percaya sebab Allah itu Maha Berkuasa.
Tips penting; Baca bismillah dan doa makan.
Eleh, yang ni pun nak ingatkan jugak ke? Semua orang baca la.. Belum tentu, kalau lapar dah mengusai diri, kau dah tak ingat nak baca doa makan. Saya pun kadang-kadang terbabas jugak, tengah-tengah syok makan baru ingat belum baca bismillah hehe, Mesti pernah dengar kan orang cakap kalau makan tak baca bismillah, kau makan dengan syaitooon dan jin. Nampak macam kita makan habis sepinggan tapi kita tak nampak separuh dari itu dah ditelan oleh jin dan syaitooonn yang jahat.
Okay, kejap. Yang kat atas tu adalah FAUTA (Fakta+Auta) dari saya sendiri. Jangan percaya 100% hahaha. Tapi bila pikir-pikir balik sometimes ada logik jugak.
Renung-renungkan dan selamat beramal~