Wednesday, November 12, 2014
Mana Yang Lebih Perlu Dibelai Dan Disentuh?
Assalamualaikum..
Aku sangat tertarik dengan nota Dari Tinta Nuri Supian dalam ruangan majalah Mingguan Wanita baru-baru ni. So, aku pinjam ayat-ayat beliau untuk dikongsi di sini. Semoga bermanfaat,
I have Touch A Dog.
Kempen yang memeningkan kepala especially para ibu bapa , pasti jenuh nak menjawab persoalan dari anak-anak yang masih kecil yang belum mengerti apa-apa 'sejauh mana boleh dan tidak boleh memegang anjing?'.
Tak boleh ke kita biarkan saja dalam fikiran anak-anak kita yang beragama Islam bahawa memegang anjing itu TAK PERLU. Anjing itu tak boleh dipegang sesuka hati tanpa sebab yang munasabah. Sebelum ini mereka kan sudah terbiasa 'jangan sentuh anjing'.
Sebelum ni takde program-program sebegini, nahh sekarang mak ayah pulak yang naik pening penjelasan manakah yang terbaik untuk meyakinkan anak-anak di bawah umur tentang sentuh dan belai anjing.
Pasti ibu bapa bimbang mengenai pemahaman anak-anak kecil yang terlibat sama dalam program tersebut. Adakah mereka tahu dan paham apa itu samak? Anak sekecil itu pasti otaknya berfikir anjing itu boleh dipegang. Bila dah besar nanti 'Oh, aku pernah pegang anjing, aku tak takut dan aku boleh pegang anjing'. Sudah tentu mereka sendiri bercelaru mana yang betul mana yang tidak betul.
Berbuat baik pada binatang itu memang dianjurkan dalam Islam tapi tidak perlulah sampai memegang dan membelai dengan manja sedangkan kita tahu kedudukan anjing itu sudah sah najis (bila dua-dua berkeadaan basah) dan membawa kepada haram.
Alangkah baiknya kalau kita menganjurkan kempen menyentuh, membelai dan menyayangi ibu bapa, orang tua yang mana sudah tentu memberikan pahala berlipat kali ganda serta pahalanya mengalir ke syurga.
Ya Allah, lindungilah kami dari azab neraka Mu. Insyaallah.
Tuesday, November 11, 2014
Bebelan Si Warden...
Assalamualaikum..
Zaman remaja tak sah kalau tak memberontak even yang muka suci murni perkerti lemah lembut macam aku pun pernah buat benda yang tak berfaedah kat sekolah. Menyorok dalam locker masa prep, sembunyi bawah katil sebab taknak pergi solat berjemaah kat surau. Sanggup tu duk bergelap dalam bilik dengan kipas tak buka pastu tambah kawan kentut pulak masa tu perasaan mak aihh, nikmat sangat.
Denda? Macam-macam, kena cuci toilet kat blok akademik, kena round padang, cabut kemuncup kat padang. Apa cikgu-cikgu ni ingat kita ni akan insaf ke? Silap la cikgu, kitorang lagi suka kena denda lebih-lebih lagi kena beramai-ramai rasa seronok. Boleh show off kat orang la konon wei awasss, ingat aku ni baik sangat ke?
Dulu-dulu selalu pikir macam la cikgu tak pernah buat silap masa zaman dia kecik-kecik dulu kan?
Sampai lah satu ketika, warden panggil suruh berkumpul di bilik tv nak bagi tarbi'ah, dalam hati apa lagi yang nak dibebel ni sakit telinga hoi. So, bermula lah bebelan bla bla bla... kenapa taknak pergi semayang jemaah kat surau? (eleh, cikgu pun tak pergi jugak). Kenapa taknak pergi prep? (pergi pun bukan study jugak, baik duk bilik). Kenapa taknak pergi riadah petang-petang? (yang cikgu tu sedap duk tidur time kitorang keluar riadah, ingat baik tuk kesihatan ke?)...
Dengar sini anak-anak semua..
Masa tu je korang akan diperhatikan, disuruh, dikawal..kena buat itu ini dan jangan buat itu ini. Bertahan lah sampai umur 18 tahun, tunggu SPM je. Pastu nak buat apa, just go on. NO ONE WILL CARE. Kalau amik kisah pun tak sama macam dulu lagi. Yelah, kita dah besar. Sampai bila orang akan bagi reminder. Takkan sampai kawen pun still nak orang remind kan kita? Habis tu anak-anak nanti siapa nak cakne?
Masa tu masih lagi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tak meninggalkan kesan pun. Suddenly, aku dapat rasakan kebenarannya. Once dah masuk universiti, dah takde orang bebel kejutkan solat subuh. Tak bangun tak solat jawabnya, tak siapa nampak. Cikgu takde, ibu ayah takde. Kawan-kawan? Relax buat tak tahu. Malam-malam study? Tak kot, melepak tengok movie kat lappy, borak-borak mengumpat.. Dapat result menyedihkan keluar air mata darah pun dah takde guna. Dah grad nak cari kerja pun susah dengan result yang cukup-cukup makan je.
Dulu dan sekarang
Bila throwback semula, Ya Allah aku nak ucap terima kasih pada cikgu-cikgu dan warden-warden yang menjaga serta mendidik aku dulu. Disuruhnya ke surau untuk solat jemaah Alhamdulillah, aku masih lagi ingat zikir-zikir selepas solat, Asma 'Ul Husna, ayat-ayat Surah Yasin walau terkadang tergagap terlupa tapi masih lagi terngiang-ngiang. Terima kasih cikgu sebab paksa kami pakai tudung kena jahit tengah nak tutup dada, Alhamdulillah, masih lagi ada kebaikan yang pernah kami lakukan dalam hidup kami.
Kini tiada siapa kisah. Kita buat salah terus saja dihentam sebab persepsi orang 'dah besar panjang takkan tak boleh pikir mana yang baik mana yang haram, mana pahala mana dosa'. Orang sekarang lebih suka dan seronok bila orang lain buat kesilapan, nak tegur jauh sekali.. cuma tegur di belakang sambil sindir-sindir. Sendiri mahu ingat la pada empunya diri, jadikan kesilapan tu suatu pembelajaran dan jangan ulangi lagi.
So, bila aku baca berita murid-murid trauma dirotan warden gara-gara tak bangun solat subuh.. hrmmm.. adakah murid-murid itu sendiri sedar akan kesalahan diorang? Even warden tersebut kalau ikutkan jangan lah merotan bercampur emosi tapi tidakkah mereka nampak ini berpunca dari siapa? Mak ayah tak siasat ke apa aktviti anak-anak di sekolah? Kasihan mak ayah zaman sekarang, terlalu mengejar mencari wang ringgit untuk menampung keluarga tanpa sedar kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak itu lagi penting dari memberi kesenangan dan keselesaan kepada keluarga semata-mata. Mencari rezeki biarlah berpada-pada, anak-anak itu adalah amanah dari Allah, jangan terlalu melepaskan tanggungjawab mendidik itu kepada guru/ warden.
I miss my S so much.. ehhh?>&%
Sejauh mana kepercayaan mak ayah kepada guru??
Anda yang menghantar anak-anak supaya dididik di sekolah tapi anda juga yang memarahi guru bila anak-anak dirotan? Kalau begitu, didik lah sendiri biar kita tahu sebaik mana anak kita.
P/s: No wonder lah aku tak ditakdirkan jadi guru (ayat suami) sebab aku ni tak tough. Nak jaga anak orang, diri sendiri pun susah nak berak.. kaitan?? **larikkk*
Monday, November 10, 2014
Foto & Video Viral..motif bermusim??
Holla, Assalamualaikum semua..
It's been a while since the last time I was here. Oh betapa masa itu sangat mencemburui ku. Masa atau perasaan malas? haha.. whatever.
Well ya'all.. sejak kebelakangan ini aku rasa sangat annoyed dengan apa yang berlaku di sekeliling especially kat social network facebook. Ya, aku mengaku yang zaman-zaman aku dah berlalu. Zaman yang macam mana tuh? Ala zaman yang suka check in kat facebook, post gambar dengan caption "Sila abaikan muka ku yang comot ini".. oh no, kalau boleh aku taknak ingat langsung zaman itu.
Apa yang menarik sekarang ni? Bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, balik kerja, makan dan tido. Oh ada lagi tambahan aktiviti aku bila aku datang kerja, selalu jugak officemate aku ajak berborak;
"Eh ada tengok tak video budak perempuan mengamuk ngan uncle cina pergi hempuk kereta dengan stereng lock?"
"Ada tengok budak kena buli kat sekolah? Hari tu budak singlet hitam, sekarang anak yatim pulak, kesian. Baru je tadi I tengok budak perempuan bergaduh di sekolah, yang paling latest budak lelaki bergaduh dengan budak perempuan, dasyat!"
"Ada tengok tak kanak-kanak kecik kena dera kat nursery? Dipaksa makan ubat. Yang satu lagi tu kena ikat tangan dan kaki dalam bilik, ish takut betul orang zaman sekarang ni kan"
Bla bla bla bla bla...
Aku tak tau barah apa yang telah menyerang masyarakat kita. Sedih dengan keadaan sekarang ni, video di viral kan, dari seorang melompat ke seorang dan yang lain turut berkongsi video/foto tersebut kat facebook. Lalu sumpah seranah, kata-kata jijik, memenuhi segenap ruang komen. Bermacam-macam andaian yang dilemparkan dan muncul lah para ustaz & ustazah segera yang memberi komen yang lebih cenderung menghukum terus mereka dengan berkata itu ini. Siapa kita untuk menghukum mereka? Cukup sempurna kah kita? Akhirnya mereka semua bertelagah sesama mereka sendiri padahal tiada kaitan pun.
Aku cukup marah, siapa sebenarnya yang merakam video-video tersebut? Apa motif sebenarnya? Adakah untuk dihebahkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati? Adakah untuk menghukum mereka yang melakukan kejahatan dalam video tersebut? Tiada medium lain kah untuk menyampaikan pesanan kepada mereka di luar sana? Kenapa video itu tidak terus dihantar ke pihak polis untuk disisasat dan diambil tindakan? Mengapa perlu disebarkan di facebook, youtube dan sebagainya?
Dan mengapa kita jugak turut berkongsi video tersebut? Tidak cukup kah orang lain je yang berkongsi video itu, tak perlu lah kita nak viral kan lagi. Adakah kita mahu jadi antara yang terawal untuk berkongsi cerita-cerita panas sebegini? Sungguh aku tak paham.
Mungkin inilah yang dikatakan dunia akhir zaman, manusia tidak sedar seakan-akan membenarkan diri mereka dikuasai oleh syaitan melalui cara yang sangat halus. Kalau berterusan begini, Ya Allah.. Lindungilah kami dari ujian-ujian getir di dunia dan ujian-ujian getir menjelang akhirat. Tetapkan hati kami Ya Allah, jangan bolak-balik kan hati kami Ya Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin
Saturday, August 16, 2014
Kalau dah jodoh
Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah.. 31/7/14, aku sah menjadi isteri kepada Muhd Syafiq Che Noh. Rasa tak percaya, nak pengsan pun ada. Betul ke? Betul ke? Terasa semua ni berlaku sekelip mata, tak sampai setahun atau lagi tepat selama 5 bulan arghhh sungguh tak pernah terlintas di fikiran ia akan berlangsung dalam waktu sesingkat ini. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya ini adalah aturan dari Mu yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Biarlah aku simpan semua cerita ini sendiri. Dulu sebelum kawen, aku pernah nekad taknak bercerita lebih-lebih tentang hal bercinta, kawen dan seterusnya sebab pengalaman yang lalu sungguh mengajar aku agar jangan terlalu excited dengan sesuatu yang belum pasti. Dan aku cuba remind diri sendiri di kala aku bercerita dengan ghairahnya, seronoknya hal rumahtangga aku pada umum, mungkin ada hati yang terluka. Ada kawan2 yang masih belum bertemu jodoh. Doa ku untuk semua, semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut adalah rahsia dari Allah.
Kalau dah jodoh, Insyaallah...... :)
Untuk kawan-kawan yang mengenali diri ini yang aku dah terlepas pandang jemputan (sebab buat majlis kecik je).. maaf dipinta dari hati yang tulus ikhlas. Doakan kami berdua bahagia sampai ke Syurga Ilahi. Insyaallah..
Thursday, June 12, 2014
Projek kawen #bab1
49 days to go!!
15% only progress.. fuhhhh..
Gunalah tagline "Hero tak gaduhhh, relax...."
Semoga sifat cool, relax, sabar ini tak memakan diri tuan badan..
:)
Monday, May 5, 2014
Terima kasih memori
#Throwback: 2 3 tahun yang terdahulu....
Macam-macam cerita sedih yang berlaku dalam hidup aku. Allah bagi aku ujian, aku selalu pikir berat nya dugaan ini. Padahal kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak yang terbiar kelaparan kat Syria sana tanpa ibu bapa di sisi buat aku terpikir betapa ujian yang Allah turunkan kepada ku sangat lah kecil. Mengapa aku perlu mengeluh? Sepatutnya aku bersyukur.
Masa semakin pantas berlalu dan aku juga akan memasuki fasa baru dalam hidup aku. Aku berharap agar aku takkan lupakan memori yang telah tercipta sama ada secara sengaja atau tak sengaja.
Bila bercakap pasal memori, aku tak terpikirkan "orang" yang mengisi memori tersebut. Bagi aku apa yang berlaku pada waktu itu, situasi, di mana dan bagaimana aku bangkit dari kekecewaan itu lebih penting untuk diingati.
Terima kasih memori. Tanpa kamu, aku bukan seorang yang sekarang. Walau apa yang berlaku, memori tetap memori yang takkan mungkin dapat dikembalikan cuma hanya mampu diingati sebagai satu pengajaran. Insyaallah.
Sunday, May 4, 2014
Mencari Geng Menjahit
Beginner area Puchong!
Assalamualaikum.
Hai semua.. Siapa yang kat sini berminat menjahit? Tak kisahlah menjahit baju ke princess dress ke, felted bag, patch pillow case ke apa-apa je lah kan. Well, aku ni dah start sikit-sikit menjahit cuma sekarang dah slow entah kenapa. Macam tak semangat je.
So entry kali ni sebenarnya aku nak mencari kawan/ geng yang suka menjahit. Nak berkongsi teknik menjahit dengan betul. Aku ni memang tak expert lagi bab nak jahit lubang tengkuk/ leher dan jugak nak cantumkan getah pinggang. Memang failed! So bila kita dah siap jahit cantum bahagian badan dan tangan haaaa tiba bab nak buat lubang leher memang semangat terus down. Berminggu-minggu aku hold malas nak buat.
Aku pikir kalau kita ada geng yang suka menjahit mesti seronok kan? So, siapa yang nak kawan ngan kita? sama-sama belajar? takde mesin jahit takpe, aku ada! Jum la.
Wednesday, April 30, 2014
Edisi Mintak Tampar: Dah diskaun nak diskaun lagi
Hello semuaaaa...Assalamualaikum?
Alhamdulillah, esok cuti sempena Hari Buruh (1 May). Ekceli siapa yang sepatutnya dan selayaknya dapat cuti ni? Yang aku faham buruh ni macam buruh kasar kerja kontraktor buat bangunan di panas terik mentari. Orang kerja office macam aku dipanggil buruh tak? heee.. Syukur syukur syukur dapat la jugak escape otak sekejap kan dari kerja yang takkan pernah siap tuh.
Well, kebiasaannya bila ada public holiday mula lah shopping complex berderu buat sales besar-besaran, discount sana sini, buy 1 free 10, 2nd price @RM0.20 dan macam-macam lagi promosi kan. Masa ni la kaum-kaum wanita menggilaaaa!! Suka sangat mendera mental kitorang tau!! Mencik mencik mencik!
Bila time promosi gila gila sampai discount mencecah 99.9%, yang paling aku tak suka sekali adalah situasi menunggu giliran nak masuk fitting room. Kemain beratur panjang last-last baju yang dibawak masuk tak berkenan, tak muat saiz fuhhh penat beratur tau! Lagi satu bila nak membayar nya. Orang lain penuh troli shopping baju seluar, kita ni alahai sehelai je nak bayar? Tak berbaloi nak tunggu turn bayar kat cashier.
Tak tengok lagi situasi kat pasar malam, jalan tar, gedung murah! Siapa yang nak join aku mengaku yang kita semua pernah mintak discount lagi walaupun benda tuh dah di'discount' kan? Hahaha yang ini sumpah memang gila! Walaupun kesian kt jurujual, tapi bila dah dapat double discount mahunya tersenyum sampai ke telinga. Dah lupa dah rasa simpati pada diorang yang menjual, untung ke tidak?
Last time aku pergi kat Nilai beli rehal (tempat letak Al-Quran). Harga asal RM10. Abang bangla tu bagi la discount RM8. Boleh aku pergi mintak discount lagi jadi RM5!! Dia cakap tak boleh! "Alaaa, bagi la sikit lagi discount bang". okey la okey la saya bagi RM7.50. Okay!! Walaupun RM0.50 fuhhh tersenyum bahagia tau! Ni la contoh jenis muka yang tak tahu malu kan?
Pastu tengah jalan-jalan mata tertoleh banner "Sales up to 99.9%". Apa lagi??? Seraaaaanggggg!! Masuk je kedai tu:
"Alaaaa, patutlah murah. Baju nipis yang amat sampai orang seberang jalan sana pun boleh nampak (nak cakap tahap nipis nya kain baju tu)"
"Alaaaa, no wonder lah murah. Pattern lama, nak habiskan stok lama la tuh yang tak laku."
Amboiii, banyak cantik muka kan? korang nak yang macam mana? bayar RM10 untuk handbag ala-ala Channel original gred AAA? bayar RM10 untuk kain super high quality? Mintak tolong sedar diri sikit pelisssss.
Pernah jugak aku beli kain pasang/ela, mintak la discount.
"Abang, berapa harga kain ni semeter?"
"RM 12 semeter dik"
"Woh mahalnya. Tak leh discount ke bang?"
"Tak boleh, tu dah kira murah dah tu dik. Kain ni bagus, tak panas tak berpeluh, material bagus punya dari Korea bukan dari Vietnam, warna tak luntur, tumpah makanan pun tak tinggal kesan minyak bla bla bla"
"Alaaaa bang, turun lah sikit harga. Takkan tak boleh kot."
"Emmm, berapa adik nak beli? Kalau amik banyak kita boleh bagi discount la."
"Ehhh, takdelah. nak beli 4 meter je (1 pasang baju)."
Wakakakakakaka.. 1 pasang je pun, tu pun nak bising! Lainlah kalau kau beli 10 pasang nak bising-bising mintak discount pun takdelah malu sangat!
Kadang-kadang ada jugak aku pernah mintak discount benda RM2.00. Dah kira murah kan tuh? Tapi nak jugak try tanya boleh kurang lagi tak harga? Kau nak berapa? RM0.20?
Itu lah pe'el faveret orang-orang kita kan. Tak payah cakap orang lain, tengok diri sendiri tu dulu. hahaha..
okay la, selamat bercuti semua~
Tuesday, April 29, 2014
Dah kurus tentu nak seksi.
Assalamualaikum uolsss..
Siapa yang tak nak kurus? Aku percaya Itu impian hampir kesemua wanita.. Maksud aku kurus tu yang sedang-sedang elok, bukan kurus yang sampai tahap skinny okey. Sekarang ni bermacam-macam produk kurus muncul. Kalau kat fesbuk/ instagram fuhhh tak larat nak scroll down, nampak je terus skip taknak tengok.
Kenapa taknak tengok? Bukan nak cemuh dengan produk-produk tu, bukan tak percaya pada ubat yang boleh kurus dalam masa 5 min... semua tu aku percaya! Cuma yang aku annoying bila tengok testimoni sebelum dan selepas pengambilan ubat kurus tersebut.
Perghhhhh....
Gambar sebelum: Pakai baju kurung saiz xxxxxxxxl, tudung elok je kat kepala.
Gambar selepas: Baju ketat, tudung tak tau ke mana.
Motip nak kurus?? Supaya dapat pakai baju kecik yang ketat? Supaya dapat pakai baju seksi skirt pendek?
Hah, elok lah kalau gemuk selamanya kan????
Aku taknak tepek gambar-gambar testimoni sebelum dan selepas pengambilan ubat kurus. Kang aku upload ngan aku sekali dapat dosa kerana menyebarkan gambar perempuan tak tutup aurat. Setiap kali orang tengok gambar tu, kita pun turut sama memikul beban dosa tersebut kerana disebabkan kita, orang lain turut tengok benda yang tak elok siap kutuk-kutuk lagi.
So, renung-renungkan lah.
Sunday, April 20, 2014
Kelemahan yang menjadi kekuatan #Silence
Holla.. Assalamualaikum semua kesayanganku..
Tiap-tiap pagi masa on the way ke tempat kerja macam biasalah rutin harian aku dengar radio Hot fm. Walau ramai yang komplen hot fm dah tak hangat tapi aku pelik ramai jugak yang dengar nya. Kalau sesuatu topik atau iklan berjela-jela atau lagu tak sedap menjengah ke telinga, aku terus tukar je lah siaran radio lain. Tak tahu lah kenapa orang susah sangat nak tukar siaran radio lain, asyik komplen komplen komplen memanjang.
So, apa sebenarnya aku nak cerita?? Owhh..haaa.. Dua tiga hari lepas topik nya berkisar tentang "sesuatu kelemahan yang bertukar menjadi kekuatan". Ada pemanggil ni cakap kelemahan dia adalah menangis. Bila dia nak marah sangat dengan anak-anak atau suami, dia akan menangis. Tapi disebabkan tangisan tu lah anak-anak akan dengar cakap, suami pun boleh cair. Haaa..aku pun ada jugak la ciri-ciri tu sikit. Sikiiiiiiit jer.. Kelemahan yang lain?? Hemmm, let me think for a while
Mr Google
Okay, kelemahan aku adalah aku suka berdiam diri bila orang melemparkan kesalahan yang aku sendiri tak buat. Aku jenis yang tak suka nak argue tunjuk segala bukti yang aku tak buat sesuatu benda. Contoh:
"Yani, you yang tampal label salah kat produk makanan tu kan????"
"Tak! Bukan saya!" *cuma berkata dalam hati*.
Aku hanya simpan sendiri sebab kalau bab sample label produk semua ni memang kerja aku pun. Tapi yang salah label tu bukan aku. Kebetulan masa tu aku pergi buat kerja luar, memang takde kat office time tu. Tapi orang nak percaya ke kalau kita cakap bukan kita yang buat sedangkan orang tahu itu memang job scope aku. Susah kan?
So, aku lebih suka amik keputusan berdiam diri dari pum pang pum pang bela diri. Bagi aku benda kecik jer tuh, selagi boleh sabar kita sabar. Kita kena ingat tak payah nak dapatkan penghormatan dari manusia sangat yang penting Allah itu Maha Mengetahui. Kan??
Pada orang lain, mungkin bersuara tentang sesuatu perkara itu menunjukkan keyakinan, orang akan respect, orang takkan memperkotak-katikkan kita. Tapi bagi aku remain silent pun ada kekuatan jugak. Boleh jadi orang akan malas nak melayan kita sebab asyik diam je takde respon. Lama-lama orang pun jemu. Ye dok??
Yang aku fed-up bila orang yang teraniaya tapi duk pum pang pum pang kat facebook up status "Diri ini teraniaya. Takpe Allah ada untuk membalas di atas perbuatan korang" dan bla bla bla... terasa macam sakit mata baca status tu. Kadang-kadang kalau kita buat salah, kalau kita remain silent orang akan nampak kita betul tau.. This is what we called "The Power of Silence".
So, I prefer to choose to remain silent!! :)
Monday, April 14, 2014
Tips untuk cantik yang sering dipandang remeh.
Holla.. Assalamualaikum semua..
Siapa kat sini nak cantik? Siapa kat sini nak kulit halus dan gebu? Siapa kat sini nak kulit putih? *kalau boleh tangan kanan tangan kiri kaki kanan kaki kiri aku nak angkat semua sekaligus*.
Tapi berapa ramai yang betul-betul rajin jaga muka? Berapa ramai yang rajin tuang air masak dalam gelas dan minum sebanyak 8 kali sehari? Berapa ramai yang rajin nak tepek masker kalau time tak period? Berapa ramai????
Honestly gambar ini tiada kaitan langsung dengan entry yang ditaip.
Kalau ikut petua nenek moyang kita dulu - amik air bekas basuhan beras cuci kat muka, air rendaman daun sirih dalam air panas, air asam jawa dengan kunyit memang takkan terbuatnya lah! Confirm!
So? So? Apa nak buat sekarang ni hoi?
Mengapa kita perlu bersusah payah nak cari petua-petua yang memang sedia rumit tu? Mengapa nak invest duit banyak-banyak semata-mata nak cari produk muka yang sesuai ngan kulit kita? *ini memang rujuk kepada aku*.
Well, aku dah jumpa tips yang memang sangat sangat mudah. Kalau malas jugak nak buat pheww tak tahu lah nak cakap apa kan. Okay, here we go.
Tidur yang cukup!
Ececece.. gambar selari dengan tajuk.
Kita manusia ni memang punya sikap yang sangat pelik. Pagi-pagi masuk je office baru nak start kerja dah menguap bagai. Mengantuk tak usah cakap, nak rabak mulut dikerjakan. Tapi bila balik rumah bukan reti nak tidur awal pun. Why? Why? Okay, start malam ni ayuh kita tidur awal. Rehatkan diri, bagi lah masa sikit untuk sel-sel kulit kita memanjakan diri awwwww.
Tukar sarung bantal/ cadar/ selimut sekerap mungkin!
Oh, ekceli nak tunjuk ni cadar kahwin aku nanti hewhewhew.
Aku percaya tak ramai yang akan basuh benda alah ni macam basuh baju hari-hari. Memang tak! Paling kerap pun normal seminggu sekali. Tapi berapa kerat je yang basuh seminggu sekali? hehehe. Standard satu bulan sekali la, tak pun kalau period dah bocor kena cadar baru lah nak basuh. Tak melampau rasanya kalau cakap ada yang sampai 6 bulan sekali baru basuh. Eh eh dia buat macam nak jumpa dokter gigi kan 2x setahun basuh haha.
Tips ni sangat membantu sebab hari-hari kulit muka kita especially pipi akan berlaku contact dengan bantal. Nak nak kalau bantal tu dah terkena tempias air liur basi. Ewwww. Camane jerawat taknak singgah kan kalau dah cenggitu keadaannya? Tak kira lagi peluh time kita tidur dah melekat-lekat kat situ. Malam esok gaduh ngan boipren sembam muka kat bantal pulak waduhhhh makin galak la jerawat. So, rajin-rajinkanlah yer.
Cek handphone!
Ni salah satu hantaran kahwin yang bakal aku dapat nanti, senang nak bervideo face ngan orang oversea ke over river ke.. *mimpi lah selagi boleh mimpi hoi*
Bukan cek wassap atau sms atau bla bla bla. Mintak tolong cek kan keadaan persekitaran handphone tu bersih ke tidak. Yelah handphone tu baru je dikeluarkan dari handbag. Dalam handbag tu entah bermacam-macam barang ngan kulit cokelat nya, sikat rambut nya, minyak cap kapak yang dah meleleh keluar ke. Haaa, jaga-jaga. Habuk-habuk ni akan menyerang permukaan kulit lebih-lebih lagi yang punya kulit berpori besar *mohon terasa*. Jangan nak syok sangat bergayut malam-malam okey.
Berhenti membuli kulit sendiri!
Oh, adakah aku pernah mention yang aku baru je consume Stream Rose Beauty Care baru-baru ni? *selepas beberapa siri produk kecantikan cosmoderm, herbalife, sabun beras siam, de wajah, garnier okey bye!*
Okay, ini memang ditujukan untuk aku. Please hentikan segala eksperimen ke atas kulit muka korang. Jangan tukar-tukar produk dalam masa yang sangat singkat. Maintain je pakai produk sama at least untuk setahun dua tahun ke untuk tengok keberkesanan dan kesesuaian produk tersebut kepada kulit kita. Ini tak pakai ini jadi macam ni pakai itu jadi macam tu sampai tak tahu mana satu dah produk yang betul-betul berkesan dan yang mendatangkan kemudaratan. Fuhhh.
Ayuhlah sama-sama kita jaga benda-benda yang konon "remeh" sangat di mata kita ni kan. Kalau benda remeh pun tak terjaga, huh jangan cakap benda yang rumit kau mampu handle! haha.
Tuesday, April 8, 2014
Oh baru ku tahu rupa-rupanya.......
Hai uolsss.. Assalamualaikum..
Okay meh nak tanya sikit, ada tak antara korang ni baru je discover yang korang boleh buat sesuatu benda yang very unexpected? yang selama ini korang tak pernah tahu yang korang boleh tidur sambil berdiri ke, boleh menyanyi depan orang ke dan bla bla bla.
Mesti ada yang baru perasan kan? kan? kan? Owh rupanya aku boleh gemuk, ingatkan keturunan aku memang kurus-kurus tak boleh nak gemuk dah hahaha. Tapi sekarang huh bukan main melebar lagi pipi dan paha ku ini. Sungguh sakit hati.
Contoh macam aku ni baru je discover yang aku boleh melukis rupanya. Ala lukis hodoh-hodoh je. Dulu masa darjah 3 macam tu aku memang suka melukis. Lukis bukit dan di celah-celah bukit mesti ada matahari keluar separuh, ada 2 3 ekor burung terbang di awan, pastu lukis sawah padi, rumah banglo 2 tingkat, kereta kura-kura, orang lidi. That's my expertise! hahaha.
Since last year, aku start balik melukis. Saja-saja melukis kat office sambil tunggu jam pukul 5.30 sharp nak blaaahh balik rumah. Lepas lukis, aku selit kertas-kertas di bawah keyboard. Bertimbun-timbun dan aku selalu lupa nak buat housekeeping meja aku setiap minggu. Ceh, padahal aku memang pemalas. Nak kemas meja sendiri sebulan sekali pun dah cukup bagus.
Minggu lepas aku cuti 2 hari. Adik cleaner memang setiap minggu akan datang cuci-cuci office. Huh, dia pergi lap meja aku habis diangkat kertas-kertas yang aku selit bawah keyboard tu. Pastu letak atas tray terdedah macam tu je yang mana siapa yang lalu area situ akan nampak! Aiyoooo, nampak sangat aku ni takde kerja nak buat asyik melukis je kan!
I am mysterious person, full of secret.
Before edit
After edit: Aku seorang yang tegas, jangan cari pasal okay!
Before edit
After edit: Hai ana muslimah!
Bahahaha. Amacam? Banyak lagi yang aku lukis tapi taknak upload sebab internet lembap macam siput. Oh lupa bil streamix tak bayar lagi bulan ni hahaha.
Hrmm aku pikir daripada aku lukis gambar cartoon orang, better aku design baju pengantin ke. Kannnnnn?? Okay la, chowwww dulu..
Sunday, April 6, 2014
Somewhere & Someone in April
It is already April uolssssss!
Ahhaaa..sila jangan terkejut mengapa aku sangat kerap mengupdate blog. Dah takde kerja nak buat kan, so cari lah kerja. Okay, siapa yang nak join aku sama-sama buat tak sedar tak tahu sekarang dah bulan April? Angkat tangan! My goodness, already April????
Okay, let's back to the story - it was about 13 years ago *ececece nak type omputeh hampehh*. Pada bulan April 2001, masa tu aku tengah tunggu bas nak ke sekolah. Tiba-tiba pakcik posmen datang bagi surat dalam satu envelope saiz A4 yang beralamatkan nama aku Mariani Binti Makhtar. It's rare! Jarang dapat surat saiz begitu. Cepat-cepat koyak then tadaaaaaaa......
Surat tawaran ke MRSM Jeli! Aku semacam tak percaya, bulan April kot ada lagi ke panggilan masuk ke MRSM? Hati berbelah bagi nak pergi ke tak? nak ke tak? macam nak macam taknak. Hati gundah gulana. That time ma dan abah beria suruh pergi, akak pun sama. Alasan diorang kalau tak masuk sekarang nanti susah nak mohon masuk Ting 4 dengan result PMR. Okayyy, kiteww pergi!
Tapi entry kali ni kita bukan nak cerita pasal hal belajar kat MRSM tau, bukan cerita kita menangis sebab kena beratur panjang tunggu turn nak telepon mak pakai public phone, bukan cerita menangis iron kita rosak sebab ramai yang pinjam dan bukan juga cerita pasal how I manage to survive hidup di asrama dengan title anak manja kededek.
MRSM Jeli - I get to know someone yang pada masa tu aku tak berapa amik kisah kewujudan dia sebab dia budak "pisang panas" yang memang laku di kalangan gadis-gadis yang pakai tudung ada plastik kat kepala, juga di kalangan gadis-gadis yang suka tenyeh lilin kat tudung nak bagi shape betul-betul kat muka. Aku?? Ada lah admire sikit-sikit *tangan di dada mata ke atas*.
We were classmate before dan aku mengenali dia sebagai seorang student yang suka tidur dalam kelas. So, even satu kelas aku memang tak berapa mengenali dia secara details.
After PMR, aku men'transfer'kan diri ke MRSM Kuala Berang. Masa tu kat K. Berang, aku cuma ada seorang je kawan perempuan dari sekolah sama (I mean dari MRSM Jeli jugak) dan 3 orang kawan lelaki. FYI, aku tak kawan dengan lelaki! Bukan nak claim aku ni budak baik ke apa kan, cuma aku ni seorang yang pemalu *tunduk muka* teheee.
Kawan-kawan kitorang yang lain ramai yang still stay kt MRSM Jeli, ramai yang transfer ke MRSM PC (budak-budak pandai *jeling sebelah mata*), MRSM Beseri, Serting, Jasin, Taiping bla bla bla. So, dengan kelompok kecil sebegini, kitorang yang transfer ke K.Berang adalah golongan minoriti di mana tak banyak sangat cerita untuk digosipkan. At last, kitorang ni sepi tanpa khabar. Orang tak kisah pun alaaa K.Berang??? Walaupun orang kata MRSM Bitara yang tak berapa nak bitara sangat pun that time tapi orang hanya akan ingat "Ohhh, MRSM yang banyak tahik lembu tu kan???". Okay fine!
Pastu masuk matrik, Universiti, dah kerja pun - orang pun dah lupa daaaa tambah-tambah lagi kita ni bukan kerja sebagai doktor, engineer lagi lah orang hilang ingatan terus hahaha. Sampai lah pada suatu hari di bulan April jeng jeng jeng all of sudden someone has brought himself on Instagram yang suka sangat like pic comot aku. Okay actually gambar syok sendiri yang selalu aku upload.
At first tak perasan sampai satu hari aku borink terus klik profile dia. OMG!! Budak yang suka tidur dalam kelas keluar air liur basi like gambar "syok sendiri" akuuu!!! *sengih sampai telinga*. Aku dah lupa tarikh sebenar but for sure it was in April 2013.
Then kita pun start say hai hai bye bye pastu senyap. Esok chat lagi 3 4 lines senyap. Masing-masing malu dan buat-buat tunjuk tak minat nak layan tapi dalam hati Ya Allah lamanya nak tunggu pukul 9 pm setiap malam nak mesej ngan dia! You know it was fun walaupun kita dah pernah berjumpa 13 tahun lalu tapi masing-masing macam awk duk kat mana? dulu belajar kat mana eh masa form 1, tahun 2001? dalam kelas dulu fokus tak masa cikgu ngajar? Ke tidur dalam kelas? Ehhhhh???%^& *pangggg*.
I'm not sure when actually we started became so close to each other. Ohh, ni semua bermula dengan keyword #Melaka #pasrah, #redha #restu keluarga, #Kelate. Too many things to remember.
Okay la, cukup setakat tu dulu. Aku nak gi mandi. Tak mandi lagi ni hoi, busuk!
To my dear S, if you happen to read this, I wanna say thank you so much for all support that you gave to me throughout the year. Doakan semoga Allah permudahkan segalanya. Insyaallah Aminnnn..
~Love is in the air ~
Saturday, April 5, 2014
Angkat terangkat bukan satu tiket
Before you open your mouth, make sure you have a mind to back up all the things you say.
Assalamualaikum semua..
How is your holiday? Harap-harap tersengih lebar lah ye tambah-tambah lagi hari ni sejuk je mendung je kat luar. Alhamdulillah setelah berminggu-minggu Malaysia dilanda kemarau, habis hutan terbakar, daun kering berguguran. Allah uji sekejap je rasa dah tak tahan. Macam mana lah nanti kan?
Dalam duk panas tak panas ni ada jugak orang yang suka memanaskan keadaan yang sedia panas ni. Putar belit sungguh ayat kali ni teheee.
Aku terfikir adakah zaman sekarang ni, orang-orang kita terlalu open-minded? Adakah ia perkara biasa ikut peredaran masa? Atau kah memang ada sekelompok manusia ni jenis yang berfikiran kolot? Tak ikut peredaran masa? I mean that hello ini tahun 2014, kenapa perlu berfikiran macam era 1990 an?
Siapa yang telah mewujudkan hubungan adik, abang, mak, ayah, kekasih ANGKAT? Mengapa perlu berangkat-angkat? Oh, dulu masa kat sekolah rendah aku memang ada ramai kakak angkat. Orang cakap kalau budak yang ada ramai kakak angkat ni memang geng "howttt" kat sekolah. Ooooppss taknak lah komen pasal tu.
Masuk sekolah menengah ada jugak program "Ibubapa Angkat" sebab duk asrama kan. Mak ayah sebenar kat rumah jauuhhhh. 30 minit perjalanan nak sampai sekolah. Jauhhh kan? So, wujudlah program ni supaya ada orang tua memantau kebajikan kami secara lebih dekat.
Thanks google for this pic!
Okay, aku cuma nak cakap angkat berangkat terangkat ni cuma pada mulut sahaja "Eh, dia ni adik angkat I tahu, jangan usik!". Walaupun close macam mana sekalipun, it doesn't give u a ticket to peluk-peluk bila bergambar (lelaki perempuan). Walaupun "Dia ni I dah anggap macam anak kandung sendiri, takkan lah I nak buat macam-macam", huh sedangkan mak ayah sendiri pun dah banyak kes ngap ngap anak - tak payah cakap. Yang takde ikatan persaudaraan yang sah tetap takkan sama dengan original blood. Yang haram tetap haram kan??
Even kakak ipar & abang ipar yang dah join family kita pun ada batas apatah lagi yang takde perjanjian apa-apa kecuali hanya di mulut "Okey, ini kekasih angkat I". Helllooooo.. sedar tak???? I am so annoyed dengan statement orang sekarang ni - tak reti nak berfikir dulu sebelum bersuara. Yang salah tetap salah. Full stop.
Sama-sama renungkan. Daa~
Friday, April 4, 2014
Stream Rose Beauty Products Review
Uolsss, jum sharing is caring.
Assalamualaikum. Heyyy si cantik jelita semua...
For those yang memang follow blog ni dari awal, mai sini nak bagitau yang misi pencarian aku untuk cari produk kecantikan terbaik belum pernah berhenti lagi. Nampaknya seolah-olah takkan jumpa titik noktah gamaknya hahaha.
Okay, perhatian perhatian! Aku sekarang tengah consume produk kecantikan keluaran Stream Rose Beauty Care. Produk ni diilhamkan dan diformulakan oleh seorang doktor pakar. Bila dengar 'doktor pakar' fuhh rasa tak ragu-ragu sikit pun nak try. Terus sambar.
Stream Rose ada banyak produk tapi so far aku cuma consume 4 benda ni je:
1. Collagen Gold - untuk kulit tampak tegang putih gebu mulus awwww malas lah nak cakap banyak. Try la sendiri. Pattern: Serbuk. Taste: Berries flavour.
2. Fybermix - ubat berakkkk. Siapa ada problem nak bernyahtinja boleh amik supplement ni. Aku pun dah start berak hari-hari. At least 2 hari sekali berak tu dah tahap wajib dah sekarang. kalau tak tunggu seminggu baru terkincit-kincit ke tandas. Pattern: Serbuk. Taste: Orange.
3. Capsul 4 Women - ehem ehem untuk dalaman sesuai untuk orang yang nak kahwin. Aku amik ni bukan sebab nak kahwin tapi harap-harap dapat jumpa jodoh cepat hehehe. Yang ini lebih kepada membuang toksin dalam badan. Bila dalaman bersih maka jerawat akan rasa malu nak muncul lagi. Pattern: capsul macam ubat. Taste: Herba Cina macam nak muntah telan.
4. Beaute Glow - untuk kulit berseri-seri bercahaya bak mentari pagi di ufuk jingga. *Melampau*. Pattern: macam coklat susu zaman kecik-kecik dulu. Taste: blackcurrant.
Hasil???
Tunggu lah. Baru 2 minggu aku amik benda alah ni hewhewhew.. Uolssss yang dah consume produk ni meh la sharing is caring. Tell me your result supaya pasni aku tak ragu-ragu untuk continue sampai dapat muka macam Hanez Suraya. Ehhhh???#@%^&
Wednesday, April 2, 2014
Jaga aurat
Assalamualaikum semua..
Dah masuk bulan April, semacam rasa tak percaya. Betul ke ni? Betul ke ni? Jadi sendiri mahu ingat la usia pun makin hari makin meningkat tua bukannya semakin muda.
Bila bercakap mngenai usia yang makin meningkat, apa yang kita harus buat? Okey la, aku tanya soalan, aku jugak yang jawab nya.
Main point: Selarikan sikap, pemikiran, gaya, social life dan bla bla bla dengan peningkatan usia kita. Susah kan nak stop, kikis perkara yang kita dah terbiasa buat sebelum ni. Susahnya nak start nak pakai baju bersaiz besar, nak pakai tudung tutup dada, nak pakai stokin. Susah hoi susah.
Mengapa susah?? Sebab kita tak biasa kan diri untuk menjadi seperti itu!! Hari-hari pakai baju ketat, kecik sampai kita rasa benda tu "ala biasa je, takde lah ketat sangat pun". Kan? Kan?
Aurat: satu perkara yang mana paling senang untuk kita kaut pahala kalau kita ikut garis panduan yang ditetapkan dan ia juga adalah satu perkara yang paling paling paling senang untuk kita kumpul dosa kalau terdedah situ sini walau tanpa disedari.
Gulppp. Takut kan? I'm not talking to you yang tak pakai tudung, yang pakai baju nipis, yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek pakai legging. No no no! I'm reminding myself as well which is yang merasakan diri ini sudah menutup aurat padahal tidak. Belum sampai tahap menutup aurat yang sebenar. Pakai tudung ada bonggol unta walaupun sikit. Pakai baju labuh lepas paras punggung tapi seluar fit. Pakai dress labuh ala-ala jubah tapi nampak shape. Yer, semua itu aku sendiri yang present kat orang. Huhu.
Well, kalau kita tak start sampai bila takkan berhasil kan?. Why not kita mulakan dari sekarang? Slowly... Insyaallah harap-harap makin lama kita akan rasa selesa dengan pembaharuan ini.
Untuk memulakan misi ini, apa kata kita:
Beli baju baru setiap bulan at least sehelai memadai. Masuk yang baru, keluarkan lah yang lama yang kecik yang nipis tu. Buat baju tidur malam jew.
Okay uolsss.. Again, aku sedang mengingatkan diri sendiri yang sesungguhnya sangat jauh dari sempurna. Soon, Insyaallah.
Selamat mencuba!
Wednesday, March 19, 2014
Mencari Kekuatan Membuat Keputusan.
Hai, Assalamualaikum..
"Orang lain dah ramai berubah jadi baik, artis pun dah ramai berhijrah. Aku ni bila lagi?"
Hrmm, kalau setiap perkara yang kita nak buat diakhiri dengan persoalan ataupun "suatu hari nanti, aku akan bla bla bla...." memang entah bila akan berhasil kan?
Aku pun sebenarnya dalam dilema tsk tsk tsk. Pengalaman 3 tahun lalu sungguh memeberi aku pengajaran. Rasa terkilan masih terbawa-bawa sampai la ke saat ini. Bila teringat balik Ya Allah apa aku dah buat ni, rasa berdosanya, derhaka nya aku sebagai seorang anak. Perginya arwah abah tak sempat aku berada di sisinya masa tu T_____T.
Sekarang ni pun, mak asyik tak sihat. Bila aku call, suara ceria tapi di hujung-hujung tu seakan kedengaran kurang sihat. Aku tahu sakit ma bukan setakat kencing manis, sakit urat je. Walaupun tu orang cakap sakit yang agak bahaya, aku rasa sakit sunyi tanpa anak-anak di sisi lagi mencengkam hati seorang ibu. Kan? Kan?
Ya Allah, aku berdoa berikan aku kekuatan untuk aku buat keputusan dengan kadar yang segera. Keputusan apa? Keputusan untuk balik ke kampung, cari kerja kat sana dan duduk dengan mak, jaga mak, tengok-tengokkan mak. Ya Allah, mak sudah tua. Aku takut aku tak sempat nak membalas jasa mak sebagaimana arwah abah dulu.
Insyaallah, by end of this June aku nekad nak balik ke kampung duduk sana. Apa yang lebih membahagiakan lagi? Apa yang aku nak cari lagi? Walhal duduk kat Kolumpo ni banyak sungguh pancaroba, hidup pun cukup-cukup sahaja makan pakai dan bayar hutang.
Semoga Allah permudahkan! Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)