Holla..
Baru lepas update belog 2 hari lepas, mentioned yang aku ni seorang yang up-to-date. Senang je nak jadi up-to-date. Kita bercakap pasal Anugerah Juara Lagu 26 sekarang. Ye, sekarang! Terasa duduk bawah tempurung pulak kalau tak cakap pasal AJL tehee.
Taknak banyak cakap la, cuma nak speku sape yang bakal menang AJL malam esok. My choices goes to;
- Awan Nano
- Beribu Sesalan
- Sedetik Lebih
- Kekanda Adinda
- Kisah Hati
- Kalau Berpacaran
- Gadis Semasa
- sungai Lui
Pergghhh, macam semua je nak sumbat dalam top 3. Boleh gitewww? Biasa nya lagu yang ramai orang tak suka or benci tu la akan jadi juara. Lagu apakah?
Cinta Facebook?
Karma?
Wanita Seluruh Dunia?
Eh, aku suka je lagu wanita seluruh dunia. Lagu special untuk wanita macam aku kan? hakhak. Cuma aku tak berapa nak minat vokalis dia. Suara macho tak ingat. Aku lagi prefer Erul AF9 nyanyi masa dalam AF dulu. hek3
Cinta Muka Buku pun aku suka. Reminds me yang aku dulu pun bercinta melalui facebook jugak wakakaaka kantoiii. Lagu dia sangat catchy. Tak payanh nak pening kepala sangat.
Karma? Mungkin pujian untuk lirik dia yang penuh dengan meaning tapi lagu ni terlalu berat. Ye, aku dah timbang. 45kg. Sama berat macam berat badan aku. So, aku tak berapa nak minat. Music tak catchy, kena dengar banyak kali baru boleh suka. Unfortunately, aku dah berpuluh2 kali dengar, still aku tak minat. wakakaka. (Harap2 lagu ni jangan menang okay. peace)
Dalam banyak-banyak lagu, aku pilih Awan Nano. Aku pernah menangis tengok dia punya video clip. Feeling die memang kawwww. Aku harap Hafiz Suip ni boleh trim rambut dia sikit untuk AJL esok. Dah macam sarang lebah rupa nye kekekekeke. And aku membayangkan dia akan bawak awan masuk dalam studium nanti. Insyaallah.
Aku minat 3 suara. Mungkin bagi Vokal Terbaik. Dan mungkin jugak ada tempat dalam top 3.
Lagi aku suka lagu Kekanda Adinda sebenarnya. Gedik giler. Aku suke gedik! Comel je. Kalau Berpacaran pun lirik dia sarat dengan nasihat. Haaaa, jangan main-main kalau aku dah start jadi juri. Lagi hebat dari juri. Wahwahwah.
So, korang speku lagu mane yang akan menang?