Saturday, March 3, 2012

Be confident!



Wear it right campaign: Less is more!





Be a natural kan bagus. Tapi kalau kulit menggerutu macam iols susah la teheee. Walaupun kulit aku tak semulus dan segebu telur rebus, jarang sangat aku nak pakai make up ala-ala artis. Setakat pakai eyeliner sikit, blusher sikit, dan lip balm jer. Kalau pakai heavy makeup tu hanya untuk majlis tertentu sajork. Kenapa? sebab aku malu nak pakai makeup, silap ari bulan nak nampak cantik alih-alih nampak macam badut sarkas pulak.


Nak pakai makeup tebal-tebal susah lor, contoh time nak solat. Kalau korang pakai eyeliner mesti hitam kat area mata sebab bila kita nak amik wudhuk kan kena basuh muka. Mesti nak tonyoh lebih kan. Pegi tilik muka kat cermin, kat area mata dah hitam macam kena penumbuk.


Minggu lepas, iols berblog-walking dan terjumpa blog si juara Gadis Melayu Rina Salleh. Tiba-tiba je kan padahal aku ada pegi dia punya butik baju kat Puchong Utama. Butik "Rina Salleh". Eh macam pernah dengar nama ni, balik tu aku terus google, betol la butik dia. Then, aku stalk blog dia sekejap. Adalah dalam 2 3 jam. Tertarik dengan satu topik yang dia post kat sini.


Bila baca entry tu, tiba-tiba aku terflash back saat-saat bergelar students dulu. Bila time nak pergi solat kat masjid besar, mesti lemah semangat. Kenapa? Sebab telekung semayang tak banyak, aku pulak lupa bawak telekung sendiri. Nak pakai telekung kat sana mak aiiii warna cokelat tak ingat. Cokelat sangat kat bahagia dagu. Kadang-kadang time solat tahan nafas. Kalau bernafas, mesti bau hapak tu menusuk hidung. Memang sah tak khusyuk la solat kan. 


Kenapa telekung semayang kita kat bilik bersih je, putih suci. Paling tidak pun setakat warna kuning susu je kat bahagian dagu hek3. Sebab kita tak pakai makeup kan kalau kat solat kat bilik. Kang senang macam tu. 


Renung-renungkan dan selamat beramal~





1 comment:

mynameisYAT said...

aku pon tahan nafas bila terpaksa pkai telekung luar. hapak!! nmpk sgt xkhusyuk kn.. huhu