Sunday, October 24, 2010

mari dekat mari rapat jum berkanalan

Nama sebenar: Mariani binti Makhtar
Nama palsu: Yani, adik ma, cik ma (bukan nama sebenar)
D.O.B : 23 Jun 1988
P.O.B: Hospital Besar Pasir Mas
Makanan kegemaran: Nasi goreng
Minuman kegemaran: Air suam (jaga body)
Hobi: membaca buku
Cita-cita: dokter
Kawan baik: Nadia
Artis disayangi: Siti Nurhaliza
Warna kegemaran: Pink
Subjek disukai:tido
No telepon rumah jiran sebelah: 09-744 tekan-tekan tak dapat

keh keh keh..ni dulu-dulu punye biodata masa darjah satu sebelum berpisah cuti akhir tahun (padahal darjah dua nanti jumpe lagi, tengok betapa kiutnye budak-budak dulu :P). sekang ni dah tak maen biodata ni, semua ada kat facebook, my space.

okay ni yang betol-betol ni. saya di tag oleh yatt. siap ada syarat lagi.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random  things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 20 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you.

tadi yang atas dah 13 kan. okay mari sambung lagi hehe  

saya bila on je intenet, mesti laju je taip forum gosip-gosip artis, facebook, belog. bila dah borink baru bukak benda berfaedah (gmail, yahoo mail, web cari kerja kosong). eh saya sorang je ke camni? mesti tak kan. kamu kamu kamu pun sama kan? hehehek


tak pernah ada myspace sebab masa tu buta IT. bila nak celik IT sikit, umur dah masuk 18 tahun, dah tak main my space. tapi sempat buat friendster hek3.

pernah mengjahanamkan laptop abang ipar bagi pinjam tapi masa dia bagi memang keadaan laptop tu sendiri tak bape stabil dah (bateri kondem). tup tup bila beli laptop baru guna duit PTPTN!! 3 bulan pastu bateri dah kondem. adakah salah saya tak pandai jaga barang-barang orang dan yang sendiri punye? keh3


pernah hilang beg duit kene curik kat kedai spek mata hitam kat GIANT. kami syak tuan kedai tu yang curik mungkin nak marah sebab kitorang snap-snap gambar bergaya dengan spek hitam tanpa membelinya.

pernah kene serbu ngan polis masa berkaraoke bersama ILA kat giant sebab rupe-rupenya tempat tu takde lesen. kami dianiaya! pakcik polis baik hati sebab jaga hak kami bagi balik duit sebab kami tak sempat nak nyanyi lagu (masa tu baru je nak tarik korus masih jelassssss.......zaaap, takde letrik)

3 4 hari lepas baru je terkunci dalam toilet kat umah akak selama 3 jam seorang diri. masa tu memang berserah, sempat tetido lagi tapi entah camne tiba-tiba tenaga kuat tendang pintu macam suzikon dalam dragon ball fuyyo (padahal dh kering air mata meraung) :P


saya punya earning dari nuffnang dah cecah RM12 ekekeke. tu pun nak bangga ke hoi? orang lain dah beribu-ribu.

masa kat unibersiti dulu kenderaan saya dari tahun 1 sampai tahun 3 adalah kaki! kalau ada award memang saya dan geng adalah pejalan kaki tegar!

saya tak minat sains atau biologi. tapi mungkin dah 'fate' saya kan. mesti ada kene mengena ngan biologi. paling bagus saya pernah dapat B- untuk biologi (form 4-5) keh3. sains pulak paling tinggi B+. tak pernah dapat A!!

suka tengok akademi fantasia, mentor, nyanyi-nyanyi, yang realiti TV ni memang amat suka la tapi tak pernah vote pun mane ade kredit.


saya baru je jadi ahli AVON! perlu ke bagitaw semua orang? takpe, nanti nak order pape boleh deal ngan saya, bulan 11 ni ada promosi hebat menanti..haha

masa jawab ujian personaliti (MARA) semalam, banyak soalan yang ditanya tak menepati diri saya. antaranya 
  • anda tidak pernah mengumpat kawan-kawan (tipu la tak penah ngumpat kan). 
  • anda tak penah bocorkan rahsia kawan (kadang-kadang terbocor gak).
  •  saya tak suka menangguhkan kerja (haa, ni memang tak boleh blah haha).
okay dah cukup 25 kot. kalau tak cukup kira halal la. saya rasa dah ramai yang dah di"tag"kan. so, saya tag orang yang tag saya je la (ayat berbelit-belit) iaitu yatt!! nak tambah lagi: Jumir Michiko Pieces, shekechik, tahniah tahniah tahniah!! :D 



11 comments:

Michiko Pieces said...

aaaa panjangnye nk kene wat...
waaa malaas nye
xtau nk tulis peee
hahaha

Mar Yanie said...

azah..bantai je la..hehe

aibaks said...

kui3.. awat siap wat biodata tuh?
hehe.. oo..kene tag yer?

Mar Yanie said...

aibaks..tu la pasal..klu x, xnk la dedahkan biodata ni..ekekeke

ajai05 said...

promote diri nampak.....layan jer la..

shekechik said...

da ciap da..hehe

http://shekechik.blogspot.com/2010/10/kena-tag.html

Mar Yanie said...

abe peja..hahaha..mesti la promot..:D

shekechik..thanxx..nk pegi intai jap lg..:P

sukemakan said...

haha
lawak!

zzzzzzz said...

menangis terkunci dalm blik air?..kesiannye..huhu

Mar Yanie said...

wan jepun..the most unforgettable experience okay..paling mencabar kot! hahaha

Michiko Pieces said...

ok yanie..im done