Wednesday, October 6, 2010

tak boleh tak minum minuman berais dalam sehari hidup jadi tak bersemangat

MEMANG TAK BOLEH!!

menggigil u tak minum yang sejuk-sejuk dalam sehari lebih-lebih lagi bila lepas makan!! fuuhh, nikmat tak terkata..bagi cabaran menang RM10 pun saya taknak, bagi RM100 mungkin nak! hehe

orang cakap banyak kesan-kesan tak baik minum air sejuk ni. lebih-lebih lagi untuk wanita-wanita pregnant. tapi jangan risau, disebabkan kerajinan saya membaca dan memang hobi saya yang suka membaca hee saya jumpa beberapa fakta penting yang boleh mengembalikan senyuman anda. 

sebenarnya minum air sejuk boleh je untuk ibu mengandung, pantang. air sejuk ni tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya lagi. kepada sesiapa yang tak biasa minum sejuk tu yang bahaya!! nanti sistem homeostasis dalam badan akan terkejut. ia lebih kepada proses fisiologi (ehem-ehem, saya budak bio, saya belajar bio, anda boleh percaya 50% hehe).

satu lagi info yang saya jumpa...

gambar pun sebijik jumpa kat google image
menu: madu ditambah dengan air sejuk.

peringatan! pagi-pagi sebelum melantak nasi kerabu ke gulai kambing ke haaa elok kalau minum air ni dulu. ini adalah amalan Rasulullah SAW untuk tujuan kesihatan. madu kan banyak khasiat nya tapi ada sesetengah orang takut nak minum madu ni. takut terkena badi, takut dimadukan la ape la. okay itu cerita kita diskusi lain kali. 

antara khasiat minum madu:
  1. boleh hilangkan kahak/lendir dan sewaktu dengannya
  2. mencuci perut
  3. senang nak melabur, ia berkaitan dengan usus besar-makanan senang ditolak ke sana
  4. memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati 

Aishah (rahna) meriwayatkan bahawa
di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk
di dalam suatu doa Rasulullah ada menyebut
Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cinta-Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, isteri, anak dan cintaku kepada air sejuk
haaa, ini menunjukkan bahawa minuman sejuk mempunyai khasiat yang besar.:D 

yeah mari semua bergembira!




13 comments:

tiafazunia said...

tp boleh boncetkan perot ke ek ?
adoi!

Zulfadhli said...

boncet tu agak setuju sebab lemak akan menjadi tepu jika bertemu dengan ais. betul tak maryani?

Mar Yanie said...

tia..mmg!! kalo kua sgt minum ais perot jd buncit..

Mar Yanie said...

fadhli..yeppp..tepat sekali!! ni cerita lebih pada kesihatan..tu pade sape2 yg mmg suke sgt minum ais mmg boncit la perot..hee..

Mario said...

lega aku bila baca ni...ekeke

Mar Yanie said...

hahaha..mesti peminum ais tegar ni mario..:D

haidi takeAfoto said...

xleh minum air sejuk sgt asenye..dulu kecik2 mak selalu pesan..minum air masak..jgn air peti..hehe so smpai skg la cmtu..xleh minum air sejuk sgt la..kdg2 leh la..kopi o pns makcik kiah kt warong tepi simpang tmn kemajuan yg ade ank dara senyum menawan tu mmg bez...

Unknown said...

huhuhuhuhu...
tq forthe tips nnt nak balik cari madu la camtu bukan madu manusia tapi madu makanan keh3...

genital fujita said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mar Yanie said...

haidi..amboi, ni nak pegi minum kopi o panas makcik kiah ke nk g skodeng anak die?? muahahaha..:D

Mar Yanie said...

shah..yeke? bagos..jgn p cari madu lain pulak..hee

diriku said...

ada tag utk awk :)

sukemakan said...

oh!
saye suke air sejuk jugak!
heeee~