Friday, October 1, 2010

tak perlu takut lagi untuk ke luar negara

ingat lagi tak kes pasal Faizal Tahir yang terkandas tak dapat pergi Anugerah Planet Muzik kat Jakarta sebab tak bayar hutang PTPTN?

dasyat kan? sampai macam tu sekali. tapi ini bukan perkara yang memalukan. at least, ni bukti menunjukkan yang Faizal Tahir betol-betol masuk U, pinjam ptptn semata-mata nak belajar kan hee.

pinjam gambar kat oh bulan hee


tapi sekarang, anda semua boleh cool down ye sebab PTPTN telah mengembalikan peluang anda untuk bercuti-cuti, nak pegi Hawaii, Paris dan ke mana saja dengan bersyarat. wow, ini sirius!!


bukan setakat Hawaii, nak pergi Thailand, Vietnam, Kemboja pun senang hati lalalala



announcement: kepada sesiapa yang nak ke luar negara, sila berjumpa dengan PTPTN tujuh hari sebelum anda "fly" untuk mengadakan perbincangan mengenai hutang yang perlu dilangsaikan!

jap, yang ini lagi menarik!!


Pinjaman PTPTN jadi Biasiswa!!

ni kena amik tahu la, dah pinjam-pinjam mesti mahu ingat ini logo.



tapi macam biasa, tak kan senang-senang nak bagi biasiswa kan. mesti ada syarat. anda perlu mendapat ijazah sarjana kelas pertama baru la anda boleh diberi pelepasan untuk menukar pinjaman kepada biasiswa. okay, sekarang saya tak boleh senyum sebab dah konvo, lepas tu tak dapat ijazah kelas pertama pun dan perlu lebih berkerja keras untuk cari kerja (baru nak cari kerja? huh!) nak bayar PTPTN..waaaaa, siapa suruh tak belajar sungguh-sungguh sob3. agak-agaknya, duit hasil berblogging ni mampu ke nak bayar rm25k yang saya pinjam dengan PTPTN ni? ahh, berangan la sorang-sorang haha..

wajib dapat 1st kelas!!


jadi kepada adik-adik yang baru masuk U, kalau rasa memang dah pandai dan konfiden boleh dapat 1st kelas ijazah, jangan malu-malu mintak je PTPTN sebab kalau mintak JPA ke apa ke (ppssssstt gosip sikit) biasa nye lambat masuk hee..awal-awal semester nampak gaya kena ikat perut la nak tunggu biasiswa masuk. PTPTN zaaappp cepat sikit masuk lalalalala...tapi awas, tak dapat 1st kelas, mari join saya sama-sama lah kita membayarnya kikikiki..

kena masuk U dulu baru boleh buat pinjaman PTPTN okay. budak-budak tak boleh lagi geeee.

ok, jangan malu-malu pinjam ptptn!

p/s:semalam tengok filem MAGIKA. boleh tahan dasyat, gelak sentiasa. terima kasih MAGIKA kerana menceriakan hidupku..:D



 

6 comments:

Nurul Ain said...

owh macam ni ye..ain pun ade pinjam ptptn rm5K..macam malas je nak bayar..hee~

JPA ok je la..xlambat sangat pun masuk..plus, lagi banyak dari ptptn kan..=)

Mar Yanie said...

ain..besh nyer hutang rm5k je..hahaha..jum la membayar2..mmg jpa lg banyak dapt..jelesh sungguh..sob3

CouLeur de Chiqu3 said...

sy x suggest langsung ptptn kpd adik2 saya..sedara mara..cukop lah ptptn ni dh jd mcm
along yg halal..dh la x nak reduce 3% tu..look like buat loan ngn bank..kata yuran pentadbiran but it cost a lots..every month nak charge...mati laaa..asek byr bunga(yuran pentadbiran yg digembar gemburkan !)aje..pokok(nilai PINJAMAN asal) x kurang2

muda2 lg dh terikat dgn hutang..
selama sy byr ni..mcm x kurg je amountnye..


*sorry this is wat i fell and i wanna share with u all of you !

Mar Yanie said...

chiqu3..nevermind, it's okay. saya pun belum start bayar lagi, so tak tahu masalah camni, selalu dgr jer owg cakap..thanxx for d info..:)

aanie said...

setuju dgn Couleur.....rasanya semua yg pinjam ni semua ckp benda yg sama.....sgt menyakitkan hati kan??

dah serik n xkn suggest kt sesape pun....

Mar Yanie said...

aanie..alamak saya salah info la ni..hehe..okay, tukar pendapat pulak, jgn mintak ptptn lg!! :D