Wednesday, May 4, 2011

Kalau bukan mereka, siapa lagi...

Dah lama rasanya tak memuntahkan sesuatu yang cerdik. Cerdik?!?#@$..I mean, bukan nak menaip yang mengarut or syok sendiri jer. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk membincangkan isu kekeluargaan.


Baru-baru ni, something yang tak menggembirakan happened to one of the ibu kepada kawan adik saya. I dont know how far the relationship is sampai saya boleh nak cerita pasal ni.  Nampak sangat ke saya ni bizi body? Tapi takpe lah sebab saya rasa isu macam ni perlu dikupas ececece. Kalau saya tak kupas, siapa lagi nak kupas? hua3..buruk bebenor ayat nye.


Alkisahnya, si anak dah TERbuat kesalahan kat sekolah sampai kena gantung 2 minggu. Sebagai seorang ibu yang berpenat lelah mengusung kandungan selama 9 bulan, please tell me hati mana yang tak kecewa bila benda ni terjadi? Kecewa yang amat sangat bukan?


Kita sebagai pemerhati or pendengar ni mungkin tak merasa apa yang dialami mereka. Apa yang kita tahu cakap itu cakap ini jer. Padan muka si anak kena gantung, pandai buat salah pandai tanggung malu bla bla bla bla.......


Walaupun anak mereka terang-terangan buat salah siap ada bukti lagi 


TAPI.....


di hati seorang ibu masih lagi mahu melindungi anak sendiri bukan? Kalau bukan mereka, siapa lagi yang nak melindungi anak?


Sama jugak dengan yang ni. Bila kita tengok perangai tak semunggah tak kira la siapa-siapa pun, pastu bila kita report dekat mak bapak nya anak ni macam ni macam tu macam ni macam tu op kosh mereka tak kan percaya. Yer la, tak kan nak burukkan anak sendiri. See! Ibu bapa tetap nak lindungi anak-anak. 


Bila ibu-bapa tak melindungi anak-anak, ini yang membuatkan anak-anak lagi memberontak, rasa diri tidak diperlukan lagi. Sesetengah ibu bapa menggunakan kekerasan dalam mengajar anak-anak tapi tak semua berjaya. Dan ada yang menggunakan kelembutan dalam mendidik. Kadang-kadang kelembutan itu lagi berkuasa dari kekerasan.


So, jangan nak terus salahkan mak bapak kalau mereka nak membela  anak-anak walaupun anak-anak memang buat salah. Kalau jadi pada kita, mesti camtu jugak kan.


Cuma berharap anak-anak akan jadikan itu sebagai pengajaran. Semoga mereka lebih menghargai pengorbanan ibu bapa.



SELAMAT HARI IBU.


Sekian motivasi untuk hari ini~

2 comments:

Unknown said...

terbaekk entry ni..
betol laa..
orang salu ckp , kalo anak buat salah , mesti mak bapak tak ajar -.-''

Mar Yanie said...

kan?
kalau anak bwat salah siapa yg lg yg akan dipersalahkan..T T
kesian..